Monday, September 21, 2009

Wadi Unung & 1 Syawal 1430H

Ramadhan 1430H telah meninggalkan kita. Perkiraan hisab pada tahun ni agak mengujakan kerana kita hanya berpuasa selama 29 hari je. Biasenye kalau ikut hisab (dan bukan dgn confirmation anak bulan kelihatan), kita kene cukupkan 30 hari puasa, tapi tidak tahun ini. Ada yang dah berkira2 bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Isnin, jadi xsempat wat ape2 persiapan. Hehe...xkisah la tu..yang penting mereka itu bukan kami...

Pada tanggal 29 Ramadhan, aku, din, dan ayah sibuk buat persiapan raya. Bukan untuk kami, tapi untuk Untung si Monkey Magic. Untung ialah nama penuh bagi monyet sengal kat tepi rumah kami. Monyet tu atuk sedara yang punye, tapi dia ditinggalkan kat sini untuk diberi makan dan minum secukupnya oleh ayah. Tapi kitorang kesian sbb dia xde rumah untuk berteduh. Jadi, sempena Syawal yang bakal menjelma ni, kami buatkan satu pondok untuk dia beraya. Wiwit~

Ha...ni la banglo milik Untung...beruntung sungguh dia...

Selepas selesai buat banglo untuk haiwan ni, si Untung kelihatan sungguh teruja sambil terkinja2 mcm beruk kene belacan kat atas atap banglo tu. Haih...patut la orang kate 'jakun mcm monyet'...roboh pondok tu kang baru tahu...

Tidak cukup dgn itu, kami bercadang untuk menamakan pondok a.k.a banglo Untung tu dgn nama yang sangat menawan. Tibe2 dapat satu idea yg sgt bernas...yeaaa...Wadi Unung, satu drama bersiri di Astro Prima. Sungguh menarek sehinggakan ibu pun tengok juge...


Hoh...baru gantung 5 minit, Untung dah cabut signboard tu. Mungkin dia tak suke dgn nama Wadi Unung. Mungkin dia nak letak nama Wadi Untung. Ahaha...

Dan untuk pengetahuan semua, banglo mewah milik Untung pun menerima nasib yang same mcm signboard Wadi Unung tu...tak sampai 24 jam, banglo tu dah roboh. Tu la...terlompat2 atas atap xreti duduk diam, mmg la roboh. Lepas ni, sape yang perangai jakun asek terlompat2, kite panggil dia Untung. Huh...

Ok...cukup cerita pasal monyet. Skang citer pasal orang plak.
Raya tahun ni kami beraya kat KL dulu. Lepas semayang raya, kitorang amek gambar satu family, then terus bertolak ke Keramat untuk beraya kat umah nenek. Ramai sedara mara kat situ. Sungguh meriah. Ditambah pula dgn cheseecake Auntie Liza...huii...sedap hingga menjilat sudu. 2nd day of Syawal baru balik Melaka.

Up up and awayyy!!!!

Gambar skema...

Gambar tidak skema...

Nantikan suasana hari raya di Melaka pula. Sekarang, mari breakfast dulu. Esok2 baru pose 6 yea

2 comments:

fatin nazihah ashari said...

haha
lawak kot kronologi aksi pencabutan sign board oleh si untung.
memg tak tau untung betol ah beliau tu..ceis

nuruddin | Ray said...

si Untung tu kesepian...dia mahukan teman...hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...