Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Kubur kita lain-lain?

Blog surfing is quite enjoyable since we can get new info and widen our knowledge on many things. Tak kurang jugak cerita2 panas yg tersebar luas dgn pantas di internet, especially tentang artis2 dan org2 kenamaan. Dan bila ada cerita panas, maka ada la juga komen2 panas drpd para pembaca setia, samada menunjukkan sokongan, protes, memberi pendapat, kritikan, dan sebagainya tentang artikel yg disiarkan.

And I'm sure kita semua mesti pernah terbaca atau terdengar komen2 yg mcm ni,



Yes.

Kubur lain-lain. Dengan erti kata lain, kita xkan share lubang kubur dengan orang lain.


Actually dari satu sudut, statement itu mmg la betul. Memang tak dinafikan apabila seseorang hamba Allah itu diambil nyawanya oleh Allah dan tiba masa untuk dikebumikan, jenazah tersebut akan dapat satu liang lahad yg eksklusif untuk dirinya sahaja.

Melainkan jika andainya kita ditakdirkan untuk mati di dalam peperangan yang melibatkan pembunuhan beramai2, atau di dalam bencana alam yang dahsyat...lazimnya mayat2 yang beribu2 tadi akan dikebumikan di dalam satu liang lahad yang besar memandangkan kesukaran yang dihadapi untuk mengkebumikan jenazah sorang satu kubur.

Tapi itu cerita lain.

Aku sebenarnya dah jelak bila baca komen2 seperti di atas. Situasi mcm tu kerap berlaku bila ada insan2 yang cuba memberi pendapat atau nasihat berkaitan sesuatu artikel yang disiarkan di blog2 atau forum2 (especially artikel panas la kan contohnye pasal artis pakai seksi2, etc), then mesti ada juga hamba Allah yang menyatakan ketidak setujuan mereka dengan pernyataan 'kubur lain2' seolah2 memberi maksud,


"Kubur ko ngan kubur kite xsama ok...so mind your own business...jgn jaga tepi kain org...sukati kite la nak buat ape pon...pelisss..."


Ok, adakah perjalanan hidup manusia hanya terhenti setakat di alam kubur sahaja?

Mmg benar kubur lain2. Sekiranya kita melakukan amal kebaikan, maka insya Allah kubur kita akan diperluaskan dan diterangi dengan cahaya seterang2nya. Tapi sekiranya kita melakukan dosa, maka di alam kubur lagi kita akan menerima azab dari Allah. Kubur menjadi gelap gelita dan disempitkan, digigit binatang bisa, dan bermacam2 lagi. Semua itu akan kita hadapi sendirian. Jiran kita di kubur sebelah xkan dapat merasai apa yang kita rasa. Tapi semua itu takkan berakhir di situ sahaja.


Jangan lupa, walaupun kita tidak berkongsi liang lahad yang sama, kita tetap akan berkongsi padang Mahsyar yang sama...kita tetap akan naik timbangan Mizan yang sama, kita juga tetap akan meniti titian Sirat yang sama...

Dan dikisahkan di padang Mahsyar kelak, tatkala seorang hamba Allah itu telah menapak sebelah kaki ke dalam Syurga, tiba2 sebelah lagi kakinya dipegang oleh seorang hamba Allah yang hampir diheret ke Neraka. Pada ketika itu, si fulan yang akan diheret ke Neraka itu akan menuntut daripada hamba Allah yang akan masuk ke Syurga itu,


Penghuni Neraka : Ya Allah! Ketika di dunia dulu, hambamu ini tidak menasihati aku untuk menunaikan solat!


Penghuni Syurga : Tidak, Ya Allah! Aku telah menasihati dia dan mengajak dia sebanyak 100 kali!


Penghuni Neraka : Ya Allah! Seandainya dia mengajakku sebanyak 101 kali, pasti aku akan mengikutnya.


Begitu la gambaran fitnah yang akan kita hadapi di Mahsyar kelak. Seorang hamba yang hampir dimasukkan ke Neraka akan menuntut daripada saudaranya yang dikatakan tidak menasihatinya ke arah kebaikan sewaktu di dunia dahulu dengan harapan dapat dijadikan alasan untuk dia lepas ke Syurga.

Kalau begini la gambarannya, mcm mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak dengan pernyataan 'Kubur lain2' seolah-olah mereka terlalu hebat sehingga tak perlu ditegur dan dinasihati? Jangan cemarkan jiwa dengan kecetekan ilmu dan kedangkalan fikiran kita. Belajarlah untuk menerima teguran, lapangkan dada untuk menerima nasihat demi perubahan ke arah kebaikan. Jangan jadi sombong tak tentu hala disebabkan kekurangan ilmu agama sebagai pegangan.

Manusia diturunkan ke dunia sebagai Khalifah di atas muka bumi ini, bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah. Tanggungjawab seseorang Khalifah itu bukan hanya kepada dirinya sahaja, malah juga ke atas saudara2nya dan juga alam yang didiami ini. Semua itu akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.

Berhenti la berlagak seperti Firaun, Haman, Qarun, dan yang seangkatan dengan mereka. Mereka semua pernah diberi peringatan dan nasihat oleh Nabi2 di zaman mereka, tetapi mereka menolak dengan sombong dan bongkak. Akhirnya mereka diturunkan azab yang setimpal oleh Allah atas kemungkaran yang mereka lakukan. Dan sengaja Allah kekalkan peninggalan serta kisah mereka sehingga ke hari ini sebagai pengajaran dan tauladan buat umat2 selepasnya.

Kita masih belum terlambat.

 



Tuesday, July 27, 2010

Because he is a Muslim

This is what really happen these days...
Akhir zaman...
Sememangnya mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak akan redha dgn kita selagi kita tidak mengikut jejak mereka...

Tuesday, June 8, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi Yg Nyata Sia-Sia

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang pak cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.” Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.” “Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.” “Kenapa Pak Cik?” “Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.” “Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual. “Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.” “Winston from America?” bisik saya perlahan. Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan. “Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya. “Apa dia?” “Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam. “Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.” “Kita mesti sanggup memikul senjata.” “Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.” “Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.” “Apa yang menyakitkan mereka?” “Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.” “Jadi?” “Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.” Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?” “Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!” “Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.” “Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” Lagi-lagi ke situ fikirnya. “Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.” “Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?” “Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.” “Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.” “Contoh?” “Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?” “Ketiga-tiga isme itu sama.” “Sama?” “Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!” “Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. “Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.” “Misalnya?” “Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.” “Lagi?” “Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!” “lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.” “Idola Amerika?” “Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya. “Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu. “Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.” “Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.” “Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…” “Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah: “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Original article by Ustaz Pahrol
Taken from Oh! Islam

Tuesday, September 29, 2009

review : Membongkar Misteri Dajjal

Ha...dah lame xwat review bende2 yg best di atas muka bumi ni.
So, here is one.

Title : Membongkar Misteri Dajjal
Author : Muhammad Nurani M
aarif


Tatkala ini, aku sepatutnye sedang menaip PSM. Tapi, oleh kerana bosan menaip PSM yg seperti tiada kesudahannya, maka aku mengambil keputusan drastik untuk mengupdate blog supaya ia tidak menjadi usang seperti yg didakwa oleh adik2 aku yg perasan blog mereka tidak usang. Huh...

Semasa aku berlegar2 di sekitar Warta, Bandar Baru Bangi lebih sebulan yg lalu, aku terlihat kelibat buku ini di antara susunan buku2 ilmiah yg mendapat potongan harga sebanyak 30%. Wohooo...sbb ada diskaun, jd aku usha la...hehehe...tajuk buku ni menarik minat aku untuk mengetahui dgn lbh lanjut akan isi kandungannya, maka selepas berfikir 2-3 kali dan berlawan dgn hasutan syaitan supaya xbeli buku ni, jd aku beli jugak. Hahaha...akhirnya ko kalah jugak wahai setan...

Ok, xperlu la citer sejarah bagaimana buku ni dibeli. Mari teruskan dgn review isi kandungannya.

Seperti kebanyakan buku2 laen yg berkisar tentang Dajjal, buku ni jugak menceritakan perihal asal-usul Dajjal, siapa Dajjal sebenarnya, bagaimana persepsi rupa bentuk Dajjal, bila kemunculannya dan bagaimana fitnah yg dibawa oleh makhluk ni. Secara jujur, penulisan dan kajian yang dinukilkan dalam buku ni akan membuka satu dimensi baru dalam fikiran kita tentang kisah Dajjal yang telah sekian lama ditanam dlm minda. Bermacam2 bentuk tamsilan telah kita dgr mengenai Dajjal dan fitnah yang akan dibawa di akhir zaman, tetapi buku ini akan mengupas dgn lebih lanjut dan lebih meyakinkan.

Kalau kita fikir dgn lebih terbuka dan detail, bagaimana kaum2 terdahulu yg pada mulanya tidak bertamadun, tapi secara tiba2 menjadi begitu berilmu, bertamadun, berkuasa dan mampu mencipta sesuatu yg diluar kemampuan manusia mahupun teknologi terkini. Piramid, Stonehedge, Garisan Nazcar, Babylon, dan mcm2 lagi. Lokasi pembinaan tamadun dan kronologi permulaan tamadun tu semua sehingga ianya tiba2 hilang dari catatan sejarah sgt membingungkan. Setelah dikaji, semua tamadun2 ini mempunyai chronicle yang sama. Semuanya menuju kepada satu titik pertemuan yang serupa walaupun jarak di antara semua tamadun ni sgt jauh. Haaa...suspen kan? Sile la baca buku ni kalau nak tahu.

Lepas aku selesai baca, aku promote la buku ni kat family aku dan sedara mara, ternyata mereka turut berminat untuk membaca buku ni. Serius sgt best, di samping dapat memupuk keinsafan dan kesedaran dlm diri bahawa kita tidak lagi punya masa yg lama untuk bersuka ria dan bergelak ketawa di dunia yang fana ini. Sekali sekala, pupuklah minat dlm diri untuk baca bahan2 bacaan ilmiah yg dpt menambah ilmu pengetahuan kita yg sedia cetek ni. Nak baca komik ke, majalah hiburan ke, ikut suka la. Tapi selit2 la sesuatu yg bole beri manfaat pada diri dan keluarga, agama dan juga bangsa. Yeah!

Aku tak pasti kat mana ade jual buku ni lagi sbb masa aku beli, buku ni tggl satu je. Pastu aku carik kat kedai buku laen, mmg dah xde. Samada buku ni tersangat laku, atau ianya limited edition. Tapi, buku2 yg sgt berinformasi begini sepatutnya tersebar luas. Ni tak...bnde2 yang xde pekdah plak yg senang nak carik kat kedai2 serata Malaysia.

Kalau ade sape2 yg berminat, bole la carik kat kedai. Atau nak suruh aku belikan pon bole, melalui borang tempahan kat belakang buku ni. Hehehe...

"Membaca Teleport Ilmu"

Sunday, July 26, 2009

Berhati2 Apabila Membaiki PC/Laptop Di Kedai

Dunia memang penuh dgn penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.


Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat mudah untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.


Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.
Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik komputer, melihat gambar peribadi pemilik komputer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan komputer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan komputer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.
Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..

Copied from bulletin posted by Hyatt World

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...