Monday, December 28, 2009

10 Tabiat Yang Tidak Baik Untuk Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Pengambilan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Tuesday, December 8, 2009

KB Mall Tragedy

Semalam aku baru balik dari Kota Bharu, Kelantan. Kami sekeluarga ke sana sebab ayah dan ibu ada urusan yg perlu diselesaikan. Aku dan adik2 menyibuk sama memandangkan kami dah lama meninggalkan bandaraya Islamic itu sejak 2006.

Sepanjang berada di sana, kami dpt lihat begitu banyak perubahan dan pembangunan yg telah berlaku di dalam bandaraya Kota Bharu itu. Bangunan2 yg dulunya kelihatan terpencil dan mundur, kini kelihatan gah dan padat dengan org ramai. Jalan raya yg dulunya suram, kini sesak dengan kenderaan lalu lalang, termasuk la jalan2 yg sudah berubah menjadi one way, membuatkan kami jadi confuse sebentar...hoho...

Makanya, siapa kata Kelantan tidak membangun???
Tanpa duit royalti pun dah jadi sebegini maju. Apakata kalau royalti diperolehi selayaknya?
Haha...fikirlah sendiri...

Perubahan yg paling ketara ialah, berdirinya bangunan gah KBTC (Kota Bharu Trade Centre) di tengah2 bandaraya membangun itu. Ia juga merupakan saingan kepada pasaraya The Store yg terletak berhampiran dan juga KB Mall yg ditimpa tragedi tanggal 6 Disember lalu.

Haa...bercerita tentang tragedi KB Mall...aku juga menerima berita tentang kejadian ngeri tu sebelum kes tu masuk TV tau...hehehe...dan seperti biasa, bile cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut ni, mmg byk version.

Lebih kurang jam 6 petang, aku dan family berada di Parkson dlm bangunan KBTC, shopping sakan...hehehe...
Sedang aku belek2 pakaian kat situ, terdengar la makcik customer assistant kat situ berborak sesama mereka...

Makcik 1 : ...bla...bla...runtuh...bla...mati...bla...kereta...

Makcik 2 : ...bla..bla..hah? yeke???..bla..bla...berapa....

Makcik 3 : .....................................

makcik 1 : bla..bla..bla...4 org....bla..bla...

Mase tu aku mmg tak amek port sgt nak dgr ape yg diorg bebelkan tu...sampai aku nak try pakaian pon diorg xkisah sgt. So aku pandai2 godek2 carik size sendiri, pastu gi fitting room...huhu...
Tapi selang beberapa minit, tibe2 adik aku yg sedang melepak kat Maahad Muhammadi ngan member2 dia mesej aku...

"Abg, KB Mall runtuh..."

Aku reply...

"Tahu da...ade kete jatuh dr tmpt parking..."

Dia reply balik...

"Oooo..."

See??
Betapa cepatnye berita tersebar...dan mcm2 versi dpt aku dgr sepanjang aku berada kat Parkson tu...
Mase aku nak bayar brg2 yg dibeli, aku bgtau ibu aku yg KB Mall runtuh br je tadi...

Ibu : Haa?? Ye ke??? KB Mall runtuh???

Brader cashier : Ha'ah...dgr katenye gitu la...runtuh...

Makcik nak byr jugak : Eh...bukan gitu citernye...sy ade kat situ tadi...sbnrnye, ade kete jatuh dari tempat parking...diorg tolak kete, pastu hilang kawalan agaknye, rempuh dinding pastu jatuh kat eskalator...

Ibu : Ooo...byk versi plak ek...citer kalau pass dr mulut ke mulut mmg selalu gitu...

Malam tu, lepas dinner, kitorg saje singgah Maahad Muhammadi untuk bg buah2an kat kawan2 Din, pastu saje jenjalan sekitar KB untuk tgk suasana kat KB Mall...ternyata masih ramai yg mengerumuni perkarangan KB Mall tu...aku pun tak tahu ape yg diorg nak tgk kat luar tu...ramai giler...mgkn ade penglipur lara yg sedang bercerita tentang kejadian tu kat dpn pntu masuk KB Mall tu kot...

Esoknye, kami bertolak pulang ke Bangi sekitar jam 11 lbh pagi...
Sampai kat umah, aku terus online dan bace beberapa website dan blog yg sememangnye tersangat up to date dgn bnde2 terkini...entry mengenai tragedi KB Mall ni sememangnye dh jadi topik perbualan hangat...mcm2 komen yg aku bace drpd pembaca2 blog dan website terbabit, dan ternyata rata2 mereka meluahkan rasa simpati atas apa yg berlaku. Tak kurang jugak yg sengaja mengaitkan beberapa isu politik dlm kejadian tersebut. Huh...pd aku, sgt tak patut dan berfikiran singkat. Malas aku nak ulas kat sini, kalau ade mase, korang search2 la sendiri yea...

Al-Fatihah buat mangsa yg terkorban, semoga Allah merahmati mereka...
Takziah buat keluarga mereka yg terlibat...

p/s : perlu ke letak gambar??? malas nak ltk gmbr sbb kalau ltk pon, gmbr yg sedut dr web org laen....korg mesti da pernah tgk punyer...hehehehe....


Saturday, October 10, 2009

The Art of Pencil Sketch

Pada tahap ini, aku sedang tersangat buntu dan pressure...
Mari buat sesuatu yang menggembirakan...

Ini ialah Bumblebee...dia ialah seorang robot kereta yg canggih...sile klik untuk paparan yg lbh mengujakan...


Spot the difference???
Roxx kan???
Photoshop xdpt efek gini tau...



p/s : ahh...kembali buntu dan pressure (means back to normal...)

Tuesday, September 29, 2009

review : Membongkar Misteri Dajjal

Ha...dah lame xwat review bende2 yg best di atas muka bumi ni.
So, here is one.

Title : Membongkar Misteri Dajjal
Author : Muhammad Nurani M
aarif


Tatkala ini, aku sepatutnye sedang menaip PSM. Tapi, oleh kerana bosan menaip PSM yg seperti tiada kesudahannya, maka aku mengambil keputusan drastik untuk mengupdate blog supaya ia tidak menjadi usang seperti yg didakwa oleh adik2 aku yg perasan blog mereka tidak usang. Huh...

Semasa aku berlegar2 di sekitar Warta, Bandar Baru Bangi lebih sebulan yg lalu, aku terlihat kelibat buku ini di antara susunan buku2 ilmiah yg mendapat potongan harga sebanyak 30%. Wohooo...sbb ada diskaun, jd aku usha la...hehehe...tajuk buku ni menarik minat aku untuk mengetahui dgn lbh lanjut akan isi kandungannya, maka selepas berfikir 2-3 kali dan berlawan dgn hasutan syaitan supaya xbeli buku ni, jd aku beli jugak. Hahaha...akhirnya ko kalah jugak wahai setan...

Ok, xperlu la citer sejarah bagaimana buku ni dibeli. Mari teruskan dgn review isi kandungannya.

Seperti kebanyakan buku2 laen yg berkisar tentang Dajjal, buku ni jugak menceritakan perihal asal-usul Dajjal, siapa Dajjal sebenarnya, bagaimana persepsi rupa bentuk Dajjal, bila kemunculannya dan bagaimana fitnah yg dibawa oleh makhluk ni. Secara jujur, penulisan dan kajian yang dinukilkan dalam buku ni akan membuka satu dimensi baru dalam fikiran kita tentang kisah Dajjal yang telah sekian lama ditanam dlm minda. Bermacam2 bentuk tamsilan telah kita dgr mengenai Dajjal dan fitnah yang akan dibawa di akhir zaman, tetapi buku ini akan mengupas dgn lebih lanjut dan lebih meyakinkan.

Kalau kita fikir dgn lebih terbuka dan detail, bagaimana kaum2 terdahulu yg pada mulanya tidak bertamadun, tapi secara tiba2 menjadi begitu berilmu, bertamadun, berkuasa dan mampu mencipta sesuatu yg diluar kemampuan manusia mahupun teknologi terkini. Piramid, Stonehedge, Garisan Nazcar, Babylon, dan mcm2 lagi. Lokasi pembinaan tamadun dan kronologi permulaan tamadun tu semua sehingga ianya tiba2 hilang dari catatan sejarah sgt membingungkan. Setelah dikaji, semua tamadun2 ini mempunyai chronicle yang sama. Semuanya menuju kepada satu titik pertemuan yang serupa walaupun jarak di antara semua tamadun ni sgt jauh. Haaa...suspen kan? Sile la baca buku ni kalau nak tahu.

Lepas aku selesai baca, aku promote la buku ni kat family aku dan sedara mara, ternyata mereka turut berminat untuk membaca buku ni. Serius sgt best, di samping dapat memupuk keinsafan dan kesedaran dlm diri bahawa kita tidak lagi punya masa yg lama untuk bersuka ria dan bergelak ketawa di dunia yang fana ini. Sekali sekala, pupuklah minat dlm diri untuk baca bahan2 bacaan ilmiah yg dpt menambah ilmu pengetahuan kita yg sedia cetek ni. Nak baca komik ke, majalah hiburan ke, ikut suka la. Tapi selit2 la sesuatu yg bole beri manfaat pada diri dan keluarga, agama dan juga bangsa. Yeah!

Aku tak pasti kat mana ade jual buku ni lagi sbb masa aku beli, buku ni tggl satu je. Pastu aku carik kat kedai buku laen, mmg dah xde. Samada buku ni tersangat laku, atau ianya limited edition. Tapi, buku2 yg sgt berinformasi begini sepatutnya tersebar luas. Ni tak...bnde2 yang xde pekdah plak yg senang nak carik kat kedai2 serata Malaysia.

Kalau ade sape2 yg berminat, bole la carik kat kedai. Atau nak suruh aku belikan pon bole, melalui borang tempahan kat belakang buku ni. Hehehe...

"Membaca Teleport Ilmu"

Friday, September 25, 2009

Meaningful Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin

"Thank you Allah for giving us chance to be together in this temporary world...and also in the everlasting future life."

Monday, September 21, 2009

Wadi Unung & 1 Syawal 1430H

Ramadhan 1430H telah meninggalkan kita. Perkiraan hisab pada tahun ni agak mengujakan kerana kita hanya berpuasa selama 29 hari je. Biasenye kalau ikut hisab (dan bukan dgn confirmation anak bulan kelihatan), kita kene cukupkan 30 hari puasa, tapi tidak tahun ini. Ada yang dah berkira2 bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Isnin, jadi xsempat wat ape2 persiapan. Hehe...xkisah la tu..yang penting mereka itu bukan kami...

Pada tanggal 29 Ramadhan, aku, din, dan ayah sibuk buat persiapan raya. Bukan untuk kami, tapi untuk Untung si Monkey Magic. Untung ialah nama penuh bagi monyet sengal kat tepi rumah kami. Monyet tu atuk sedara yang punye, tapi dia ditinggalkan kat sini untuk diberi makan dan minum secukupnya oleh ayah. Tapi kitorang kesian sbb dia xde rumah untuk berteduh. Jadi, sempena Syawal yang bakal menjelma ni, kami buatkan satu pondok untuk dia beraya. Wiwit~

Ha...ni la banglo milik Untung...beruntung sungguh dia...

Selepas selesai buat banglo untuk haiwan ni, si Untung kelihatan sungguh teruja sambil terkinja2 mcm beruk kene belacan kat atas atap banglo tu. Haih...patut la orang kate 'jakun mcm monyet'...roboh pondok tu kang baru tahu...

Tidak cukup dgn itu, kami bercadang untuk menamakan pondok a.k.a banglo Untung tu dgn nama yang sangat menawan. Tibe2 dapat satu idea yg sgt bernas...yeaaa...Wadi Unung, satu drama bersiri di Astro Prima. Sungguh menarek sehinggakan ibu pun tengok juge...


Hoh...baru gantung 5 minit, Untung dah cabut signboard tu. Mungkin dia tak suke dgn nama Wadi Unung. Mungkin dia nak letak nama Wadi Untung. Ahaha...

Dan untuk pengetahuan semua, banglo mewah milik Untung pun menerima nasib yang same mcm signboard Wadi Unung tu...tak sampai 24 jam, banglo tu dah roboh. Tu la...terlompat2 atas atap xreti duduk diam, mmg la roboh. Lepas ni, sape yang perangai jakun asek terlompat2, kite panggil dia Untung. Huh...

Ok...cukup cerita pasal monyet. Skang citer pasal orang plak.
Raya tahun ni kami beraya kat KL dulu. Lepas semayang raya, kitorang amek gambar satu family, then terus bertolak ke Keramat untuk beraya kat umah nenek. Ramai sedara mara kat situ. Sungguh meriah. Ditambah pula dgn cheseecake Auntie Liza...huii...sedap hingga menjilat sudu. 2nd day of Syawal baru balik Melaka.

Up up and awayyy!!!!

Gambar skema...

Gambar tidak skema...

Nantikan suasana hari raya di Melaka pula. Sekarang, mari breakfast dulu. Esok2 baru pose 6 yea

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Kepada semua umat Islam
di seluruh dunia

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Semoga Aidilfitri kali ini
lebih bermakna...

Ikhlas dari
nuruddin a.k.a Ray

Inspiration is Everywhere

Huii...dah lame sgt aku tak update blog neh...bukan malas, tapi tak cukup masa dan juga kekurangan bahan yg best untuk diketengahkan. Kalau nak update blog, biarlah ade isi yg btol2 menarik untuk dikongsi. Kalau setakat menulis mcm diari...ahhh...so typical and boring...

Here is sumthing not typical. As I've mentioned in the title, Inspiration is Everywhere...it's just the matter of being at the rite place at the rite time (and in the rite mood) to get it. Agree?

Check this out!




Nukilan Buat Kawan

Kawan,
Sempena Aidilfitri yang mulia ini,
Ku titipkan coretan tinta sebagai pengganti diri,
Buat melerai keresahan di hati,
Buat meluruskan kekusutan di sanubari.

Kawan,
Ku susun dua tangan memohon kemaafan,
Andai ada terkasar kata dan perbuatan,
Kerna diri ini terkadang leka dan kurang pertimbangan,
Selalu alpa menilai hati dan perasaan.

Kawan,
Ku susun sepuluh jari memohon keampunan,
Jika ada yang berkecil hati dan memendam perasaan,
Kerna diri ini terlalu banyak kekurangan,
Terkadang tak mampu memenuhi semua permintaan dan harapan.

Kawan,
Ku mohon ampun dan maaf dengan penuh redha,
Sempena lebaran yang tidak lama lagi bakal menjelma,
Agar hari-hari yang mendatang akan lebih sempurna.

Originally inspired by :
nuruddin a.k.a Ray
1839 hour
26 Ramadhan 1430H

There you go...at last, sumthing to be shared with.
Might be nice to be wrote in your kad raya for friends and peers.
Take it as you like.
After all, it's Ramadhan rite? Hehe...

Wednesday, August 19, 2009

Terawih 1430H di KP

Kedatangan Ramadhan 1430H kian terasa...ditambah pula dgn ujian yg ditimpakan ke atas umat manusia sejak beberapa bulan sebelumnya, wabak Influenza A H1N1, menambahkan lagi kehangatan suasana. Sedang ramai umat manusia khususnya umat Islam bersiap sedia menghadapi Ramadhan, ramai juga yg sibuk dan kalut mempersiap diri selengkapnya untuk menghindar dari dijangkiti penyakit berbahaya ini. Semoga kita mendapat bantuan Allah untuk melalui ujianNya ini.


Seperti tahun2 sebelum ini, bila tiba Ramadhan, selalunya aku akan berpuasa pada hari pertama di kampus. Yea...sungguh seronok walaupun terkilan tidak dpt menyambutnya bersama2 keluarga di rumah. Tapi xpe la, kat sini pun ade keluarga jugak...kawan2 kolej, coursemate, bdk2 surau, pengetua kolej, dan juga awek2 kolej...hehehehe...

Dan seperti tahun2 sebelum ni juga, aku dan kawan2 biasenye akan merangka perancangan untuk mengadakan Jelajah Kembara Tengku Mahkota ke seluruh UTM bagi menunaikan solat terawih di surau2 berlainan setiap hari....hehehhee...saje nak merasa suasana di kolej kediaman lain, juga merasai kemeriahan di tempat2 berbeza.

Di UTM ade 17 buah kolej, tp secara rasminya ada 13 buah kolej memandangkan ada kolej2 yg digabung bersama. Ini bermakna ada 13 buah surau yg bole dijelajahi sepanjang Ramadhan ini. Eh...tak jugak...sila tolak kolej2 siswi seperti Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Fatimah dan K9 yea. That makes them 10 surau to be visited.

Tahun ni jugak, ade yg menarik tentang surau di kolej aku sendiri, iaitu Kolej Perdana yg tercinta. Tahun ni, warga KP akan menunaikan solat terawih dlm suasana yg cukup dingin dan nyaman seperti di kawasan pergunungan di selatan Kanada...hohoho...jauh sungguh subjek perbandingannya. Yea, surau kami dh ade aircond!

Kotak aircond yg diletakkan di tepi surau...sungguh mengujakan!!!

Pagi td sebaik saje aku balik dari kelas kemahiran pencarian maklumat di PSZ, aku nmpk ade kotak2 di tepi surau, dan kelihatan juga En. Suhaili sedang berbincang mesra dgn brader2 technician yg bertanggungjawab memasang aircond tersebut. Menurut En. Suhaili, 6 bijik aircond akan dipasang di surau kami pada hari ini jugak. Waaooo...surau tu xde la besar mane, tp pasang sampai 6 bijik...mesti lepas ni kami semua akan terasa lbh khusyuk dan tawadhuk menunaikan solat...xde kaitan kot...

So, pemasangan aircond ini membuatkan aku terfikir...jadi ke tak rancangan aku untuk mengadakan Kembara Mahkota neh??? Surau KP dh ade aircond, kompem 21 rakaat tidak terasa...huhui...

Tuesday, August 11, 2009

Ironman Obsession

Selepas Transformers 1 keluar pada tahun 2007, muncul pulak Ironman yg mula ditayangkan pd tahun 2008...hohohoh...yang ni pun byk mempengaruhi hidup aku sebagai seorg budak lelaki cumil ala2 separa ribena...keh keh...gedik btol...


Dlm filem Ironman ni, aku ske tgk teknologi2 yg digunakan oleh si Tony Stark tu dlm menghasilkan suit yg sgt superb...hohooo...best wooo kalau dpt wat suit gitu sebijik...

Kalau korang perasan, kebanyakan teknologi yg ditunjukkan dlm filem Ironman ataupun mana2 filem laen sebenarnye masih blom mampu dicapai pada masa kini...tapi...itulah sebenarnye permulaan manusia dlm proses mencapai sesuatu yg lebih canggih yg pada ketika ini masih dirasakan mustahil...takkan ade kemajuan dan perkembangan tanpa imaginasi...yea...imaginasi yg terkawal sebenarnye membimbing manusia untuk melangkah setapak ke hadapan, juga melompat keluar dr kotak pemikiran supaya tidak terhad kepada logik akal yg masih jumud.

Aku suke tgk teknologi hologram yg digunakan masa nak redesign suit bg menghasilkan Mark 2 dan Mark 3. Godek2 sket kat hologram, siap bole testing lagi kat situ secara maya...pergh...kalau la teknologi tu aku bole gune untuk wat projek ID aku, giler mantap....hohohohoh....

Lagi pulak, Jarvis si komputer yg membantu Tony Stark dlm semua urusan keje dia tu pun dasat gak...tapi sekali imbas mcm citer Dexter Laboratory pon ade...hahaha....tp ape pon, teknologi tu sume mmg beyond kemampuan sekarang...tp aku yakin satu hari nanti semua tu mesti akan jadi kenyataan...wiwit~

Tapi aku tak paham mcm mane arc reactor yg dipasang kat dada Tony Stark tu berfungsi...bnde bulat berlampu tu dipasang sbb Tony Stark kene serpihan bom, dan serpihan tu ada dlm badan dia. Arc reactor tu bertujuan untuk menghalang serpihan2 tu drpd menusuk jantung dia. Itu yg aku paham, tp aku tak tahu mcm mane ia berfungsi...adekah ia mempunyai satu kuasa magnet yg kuat yg dpt menolak serpihan itu jauh dr jantung??? Tapi walau ape pon, bnde tu mmg chare beb...

Kebetulan mggu lepas kos aku ade wat annual dinner atau ID Nite sempena menyambut student baru dlm kursus kami. Dan seperti biase, dinner tersebut ade tema tersendiri dan tema untuk tahun ni ialah Prism. So, semua yg hadir mlm tu kene pakai pakaian yg bersesuaian ngan tema yg ditetapkan tu. Mule2 aku blank gak tak tahu nak pakai ape...hehehe...tp, actually bukan semua org akan pakai ikut tema tu...belasah je pakai ape yg ade...

Tibe2 ntah mcm mane dtg plak idea aku nak pakai baju putih, dengan arc reactor yg berwarna biru tu kat dada...huii...mcm menarik je idea tu...tp mane nak carik bnde tu??? Mane ade jual kat Econsave??? So, terpakse la buat sendiri...yea..berbekalkan semangat yg berkobar2, aku pun carik la bnde2 yg berkaitan dan try2 wat sendiri bnde alah tu...hihi...and guest what...

Ni arc reactor yg berjaya disiapkan dlm mase dua hari...nmpk mcm Tony Stark tak???
Sila klik untuk paparan yg lebih seksi dan mengujakan...

Yea...mesti la aku berjaya buat...bnde tu xde la susah sgt nk buat since saiznye kecik dan tak terlalu rumit...cume perlukan sedikit kreativiti untuk mengeksploitasi ape yg ade bagi menghasilkan sesuatu yg kelihatan seakan2 sebijik mcm arc reactor sebenar...cumil kan???

But there're still a lot to be improved lagi...aku wat dlm mase 2 hari, jd byk yg xdetail...kalau baling, kompem tercabut, so kene pakai elok2...hehehe...tp pakai kat dlm baju, bukan ade org nak tgk pon...diorg tgk lampu kat luar tu je...hehe...

p/s : Dgr kate, Ironman 2 nak kuar tahun 2010 ni...huii...can't wait for it...yak yak...

Transformers Madness

Sudah hampir 2 bulan selepas pelancaran filem Transformers 2 : Revenge of The Fallen yg menjadi kegilaan semua peminat robot2 ni...tapi kehangatannya masih dirasai dan masih membara di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia.

Di kedai2 permainan tak kira yg besar atau kecik, mesti ade jual model2 Transformers samada yg bole transform atau pon sekadar model statik. Tak ketinggalan jugak produk2 laen yg turut dikeluarkan sempena kehangatan filem ni...dengan t-shirtnye, topi, poster, badge, sticker, dan mcm2 lagi. Semuanya bole didapati dgn mudah di segenap pasaraya2 terkemuka dan kedai2 mainan seluruh negara, termasuk stesen minyak Petronas yg produk utamanya ialah petrol...

Ternyata di antara jutaan peminat Transformers, aku tidak terkecuali...cuma aku takde la fanatik mcm sesetengah mereka di luar sana. Aku minat sekadar minat, xde la sampai terlalu obsess. Dan dlm byk2 robot dlm filem tu, mesti la aku minat robot yg baek...dan robot bertuah tersebut ialah Bumblebee si kereta Chevrolet Camaro (nnt da byk duet, nak beli kete neh...hehehe...).

Tapi, bukan senang nak carik Bumblebee ni kat Petronas sbb model dia keluar awal drpd 3 model yg laen iaitu Optimus Prime, Megatron, dan StarScream. Carik punye carik punye carik, akhirnye aku jumpe jugak kat stesen Petronas di R&R Pagoh. Jauh giler aku carik robot ni sekor. Mase tu dh tggl 2-3 bijik je lagik...hehehe...

So, bile aku pulang ke kampus, aku pun eksen la kat Kebar (rumate aku selama 1 tahun setengah) yg aku dh ade Bumblebee...hehehe...tapi mase tu aku tgk dia mcm tak heran jer. Tapi xpe, aku tak kisah pun, yg penting aku dh dpt Bumblebee yg cumil ni, bole maen2 sblm tdo...yak yak yak...

Namun, selang semingu lebih, Kebar tibe2 pulang ke bilik dgn satu kejutan besar. Dia beli 3 model Transformers sekaligus di stesen Petronas Taman U. Perghh....mabok btol...dia kate seb baek Bumblebee dh abes, kalau tak mmg dia beli jugak...haish...

So, bile dh cukup keempat2 model ni, mule la masing2 mabok maen robot. Walaupun mainan murah je, tp ok la ni. Nanti byk duet, kite beli yg mahal plak yea. Yg bole transform mcm dlm muvie tuh...hik hik...

Kepada korg yg xde model ni, meh sini aku nak review sket tentang model2 murahan yg dibeli di stesen Petronas dgn harga RM15.90 setiap satu. Skang ni xbeli petrol pon dh bole beli robot2 ni sume...

Ni kesemua model yg berjaya dibeli oleh kami. Bumblebee tu aku punye, yg laen tu Kebar punye. Dia kate aku mabok beli mainan, tp dia lg mabok...huh...
(Sile klik untuk paparan yg lebih seksi dan mengujakan)

Optimus Prime
Conversion : Paling smart, mcm real tp xde la real sgt sbb murah. Tapi agak memakan masa.
Appearance : Warna cantik, bentuk pon memuaskan sbb nmpk mcm dlm filem, tp kaki mcm kurus sket...hehe..
Stability : 3/4 (stabil mase berdiri, tp xdpt lawan kestabilan Bumblebee)

Bumblebee
Conversion : Simple, senang dan cepat. Tak sampai 5 saat dah siap transform.
Appearance : Warna cermin kete tak lawa, ade ke warna biru. Tak matching langsung. Tp overall ok la...sbb aku minat dia..hehehe
Stability : 4/4 (paling stabil mase berdiri...letak mcm mane pon dia ttp bole berdiri, unless korang jentik dia)

Megatron
Conversion : Xde la complicated sgt mcm Optimus, tp takes time jugak nak transform mamat neh...
Appearance : Paling lawa dan paling detail antara 4 model ni. Sbb tu ramai suke beli Megatron w'pun dia jahat...hihi...
Stability : 2/4 (kaki dia ialah tayar kereta kebal yg diletakkan menegak...mmg la susah nak berdiri...)

StarScream
Conversion : Paling senang...lbh senang drpd Bumblebee...
Appearance : Lepas transform jadik robot, dari jauh mmg nmpk mcm lawa, tapi hakikatnye tak lawa sgt. Mmg la dia sng nak transform sbb buruk....hehhe...sori, diskriminasi sket kat robot jahat...
Stability : 1/4 (paling tak stabil. Ngok ngek btol...hangin aku bile nak bg dia berdiri. Sket2 nak jatuh. Mane taknye, kaki dia kurus mcm kaki monyet, tp badan lebar mcm papan...camne nak stabil)

Ha...ni la review ringkas tentang model2 Transformers yg bole dibeli kat Petronas. Kalau nak yg lawa dan best, beli la yg mahal sket. Nnt byk duet aku nk beli Bumblebee yg besar, canggih dan cumil (sket2 nak tggu byk duet...bile ntah...)

Next, nantikan entry tentang obsesi terhadap hero2 muvie yg laen pule. Siapakah hero yg bertuah itu???
Stay alert with S.T.O.R.M updates....hehehhe...


Ciao!

Sunday, August 2, 2009

Derma Darah Amalan Mulia...wiwit~

Hari ni merupakan hari terakhir Festival Integrasi Kolej Perdana atau lbh feymes dgn nama FIESCOPE '09. Sepanjang 3 hari bermula jumaat lepas, begitu byk aktiviti yg dijalankan dan kebanyakannya sama je mcm tahun2 lepas...hehehe...mungkin AJK tahun dpn boleh fikirkan pembaharuan untuk program ini untuk tahun seterusnya

Untuk hari terakhir ni, antara aktiviti yg berjalan ialah Program Derma Darah. Yea, salah satu hobi aku di masa lapang ialah menderma darah, so tanpa berlengah aku pun turun seorg diri menuju ke Dataran U4 di mana sudah ramai penderma2 terlantar di katil untuk mendermakan darah mereka yg terlebih itu. Dengan penuh innocent, aku menuju ke kaunter pendaftaran, amek borang, tggu turn untuk check darah, then menuju ke katil untuk baring dan bersantai sambil menderma darah...


Dah 3 kali aku derma darah, so masuk yg ini dh 4 kali. Tapi proses mencucuk jarum kat tangan aku kali ini agak lama plak. Ntah ape plak silapnye, nurse tu terkial2 carik urat tak jumpe. Hehe...seb baek cun...

Sepanjang tempoh menunggu darah penuh satu bag, aku baring je sambil memikirkan masa depan, sambil melihat 2 ekor kuda meragut rumput di tepi stor, sambil melihat nurse2 sibuk mencucuk jarum di sana sini, sambil teringat iklan derma darah kat TV, dan sambil memikirkan cenderamata yg akan diberi kepada setiap penderma selepas menderma darah...hehehe...

Rupanya tak lama, lbh kurang 5 minit je bag darah dah penuh. So nurse yg cun td dtg untuk cabut jarum kat lengan aku neh..

"Darah awak merah" kata nurse tu tibe2.

"Heh??" aku pelik. Darah kan mmg warna merah. Nape bgtau plak? Aku kehairanan.

"Maksud saye, darah laen merah gelap. Awk punye merah cerah, mcm merah saga" nurse tu bgtau lepas tengok aku mcm hairan dgn pernyataan dia tadi.

"Owh...pelik yea warna merah cerah?" aku tanye lg.

"Tak la. Tak pelik. Cantik" balas nurse tu sambil cabut jarum kat tangan aku.

Hehehe...pandai plak nurse cun tu amek ati. Lepas cabut jarum, aku lepak2 jap kat atas katil tu. Bile nurse tu beredar ke katil sebelah, aku jenguk ke bwh katil untuk tgk darah aku dlm bag. Hmm...mmg agak cerah seperti yg didakwa oleh nurse cun tersebut. Bermakne dia bukan saje2 nak bodek la kan...ngee~

Lepas rehat seminit dua, aku terus bangun meninggalkan lokasi pendermaan darah itu sambil membimbit bag kertas berisi cenderahati dari pihak hospital. Dlm bag ni ada roti sambal bilis, twiggies, dan jugak satu bag isi baju untuk balik kampung. Hoho...mewah la plak cenderahati yg diorg bagi ni, biasenye dpt roti ngan air kotak je. Hehehehe...

Petang ni nak set up gimik penutup FIESCOPE plak...haih...bz sungguh aku ni...

Sunday, July 26, 2009

Berhati2 Apabila Membaiki PC/Laptop Di Kedai

Dunia memang penuh dgn penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.


Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat mudah untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.


Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.
Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik komputer, melihat gambar peribadi pemilik komputer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan komputer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan komputer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.
Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..

Copied from bulletin posted by Hyatt World

Friday, July 24, 2009

Tagging - kami tidak bersalah tetapi tetap ditag

Semalam aku dan beberapa lagi blogger telah menjadi mangsa tag oleh acik | uyul...
Mari kita lihat ape yg diminta oleh tag kali ni...


Letakkan gambar sewaktu anda kecil. Adalah baik sekiranya anda menulis 20 perkara yg org tak tahu tentang zaman kanak2 anda. Di hujung entry, pilih 5 org untuk ditag. Anda amat bertuah jika ditag kerana saya ingin tahu zaman kanak2 anda...bertuah ker???

Haish...dh la terpakse bongkarkan wajahku yg cumil ketika kecik, pastu kene tulis 20 perkare lak tu...manyaknyer...


Tetapi tidak mengapa...mari kite lakukan tag ini dgn hati yg gumbira...


  1. Mase kecik2 org kate aku ske nanges...jd mereka pggl aku kelememe...bahase ape ntah...eleh..mcm la kanak2 laen xkuat nanges...
  2. Suke minum sirap bandung...hari2 pon nak minum sirap bandung...pegi kedai makan atok pun order sirap bandung...balik kampung pun mntk sirap bandung...sampai muntah pun dh kaler pink dah...haha...
  3. Sgt berdikari ketika kecil...1st day kat tadika ibu xpayah tggu...lepas anta terus tinggal...1st day kat sek ren pun same...lepas daftar sorang2, lepas tu pegi carik kelas tp tak jumpe...carik sampai tingkat atas sambil nanges2, lepas tu ade abg darjah 6 tolong carik kelas, then baru jumpe rupenye kelas kat tgkt 1 jer...hehehehe...tp itu masih dikira berdikari tau...
  4. Suke ratah kismis...beli kismis pastu makan sorang2...tp bile dh besar sikit, malas nk mkn kismis...tp bile dh besar sket lagi, sume benda pun makan...seafood kureng sket kot....hehehe..
  5. Aku stop minum susu awal sket drpd budak2 laen...tp still nak minum dlm botol jugak, jd ibu gantikan susu ngan milo...haha...minum milo dlm botol...cumil kan...
  6. Hidup aku berpindah-randah sejak aku masih baby...sekolah pun tukar beberapa kali...family aku pindah ke terengganu mase aku darjah 2....tp aku tak ikut lg, sbb nak abeskan exam kot...jd aku duduk umah mak sedara...dan kat situ la aku mula buat stail rambut pelik2...haha...mcm xde kaitan tp itu la dia...saat2 baru nak blaja bergaye..hehehe...
  7. Aku ske makan dodol...tiap2 kali raya mesti nenek aku belikan dodol...mmg khas untuk aku...hehehe...sampai besar pun misti ade dodol walaupun sepeket kat umah nenek...sape lg yg tukang mkn kalau bukan aku...tp skang dh kurang mkn sket, kene kurangkan gula demi menjaga kesihatan...
  8. Kalau balik umah nenek kat melaka, mesti ajak sepupu tdo umah nenek skali...mase tu same2 nakal...tangkap katak kat longkang, pastu masukkan dlm perigi depan umah nenek...melihat mereka berenang2 ketepian dlm perigi, sungguh berbaloi-baloi...
  9. Kalau naek kete, suke berebut2 ngan adik2 nak duduk depan...padahal bukan untung pun dpt duduk dpn...air-cond kete rosak gak...haha...
  10. Xsuke pakai seluar pendek...pernah sekali pakai mase naek beskal nak gi kedai, saje je try...pastu balik umah tukar seluar panjang balik...xselesa btol...sampai besar xske pakai seluar pendek...xmacho langsung...hoho...
  11. Tulang tangan pernah retak mase blaja tae kwon do...baru white belt, tp injured mcm org black belt...pastu berenti tae kwon do, blaja berenang plak....selamat sket, xde patah2...
  12. First time masuk umah antu kat Taman Buaya, Melaka...start dari pintu masuk sampai pintu keluar, aku tutup mate je...serupa xpyh masuk...haha...
  13. Aku seorg yg pandai jaga barang...semua mainan aku mase kecik disimpan dgn sgt baek...mase kecik2 ade satu peti sejuk yg dh rosak, so peti sejuk tu dijadikan gudang menyimpan mainan...bile rase nak maen, amek kat situ pastu simpan balik...tp adik2 suke curik pastu ilangkan...huh...
  14. Kat kampung aku dulu ade org jual anak ayam warna-warni...pastu sibuk suruh ibu beli...bukan nak jaga sgt pun, tp sbb suke tgk ayam warna pink, ijau, biru, merah...ngee~
  15. Kaset pertama yg aku beli dlm hidup aku ialah album Shajiry-Bohsia...haha...mase tu aku ngan ayah gi kelantan, ayah ade urusan keje...satu malam, kitorang lalu kat pasar malam dan aku terdengar lagu tu dimainkan kat kedai tepi jalan...tibe2 je mintak ayah belikan kaset tu...padahal bukan kenal pon Shajiry tu sape...
  16. Mase duduk kat terengganu, aku ikut kwn2 konvoi naek beskal pegi pantai...ada satu tempat tu namanye INTAN, kwsn taman perumahan mewah di tepi pantai...waktu tu ombak sgt besar lbh kurang 2-3 meter tinggi...aku maen kejar2 ngan ombak yg tinggi giler tu...ombak dtg, aku lari...pastu ombak xde, aku lari ke arah pantai semule...begitu la berulang2 sampai satu ketika aku tak sempat lari, ombak sempat tarik aku...naseb baek aku sempat paut kat batang pokok tumbang kat tepi pantai tu...kalau tak, tiade la aku di sini untuk menulis tag neh....hehehe...
  17. Basikal pertama aku berwarna merah...itu pun amek kakak sepupu punye, siap ade dua tayar kecik kat belakang...haha...
  18. Mase kat tadika, aku pernah blaja tulis surat kat cikgu...tp mase tu mane reti menulis lagi...jadi aku tiru tulisan dlm surat khabar, salin bulat2, rapat2 xde space...pastu letak dlm sampul surat, esoknye bg kat cikgu...terkulat2 cikgu tu nak bace...hahaha...dh la copy dari surat khabar...hape la...
  19. Mase mule2 pindah ke terengganu, aku duduk kat taman perumahan berhampiran kwsan kampung...kat situ byk sungai dan paya...so aku ngan kwn2 selalu gi mancing beramai2...selaen mancing kat sungai dan paya, kitorg suke mancing kat longkang sbb dlm longkang sgt byk ikan haruan yg sebesar betis budak2...hohohoh...pernah dpt sekor, pastu panggang sendiri...pastu makan rase mcm xsedap plak, pastu buang kat longkang semule...dari longkang ikan tu dtg, ke longkang jua ikan tu kembali...haish...
  20. Zaman kecik2 mmg nakal...selaen panggang ikan, kitorg juge panggang berudu...bukan nak makan pon, saje je untuk seronok2...mase tu tak tahu pape lg...cume tahu seronok je rase mcm maen masak2...hmm...zaman kanak2, xkan kembali lg...
Haa..tu je kot nostalgia zaman kanak2 aku...mgkn ade lg, tp agak susah untuk ingat semule...kalau ade pun, dah cukup 20 jd xle cite da...hahaha...

Jadi di sini, aku dikehendaki tag 5 org laen plak...nasib la sape yg kene...xkisah la korg nk buat tag ni ke tidak...
Mangsa yg bertuah ialah...aku link blog korang skali yea...

Aishii With Love - Aishii
Ain Berbicara - Ain Shahajar
Permata Nusantara - Wan Faizatul Atiqah
Dari Dalam Diri Aku - Namizam
Sepanjang Perjalanan - Hafizan


Yayy...selamat ber'tag'...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...