Sunday, March 13, 2011

Kubur kita lain-lain?

Blog surfing is quite enjoyable since we can get new info and widen our knowledge on many things. Tak kurang jugak cerita2 panas yg tersebar luas dgn pantas di internet, especially tentang artis2 dan org2 kenamaan. Dan bila ada cerita panas, maka ada la juga komen2 panas drpd para pembaca setia, samada menunjukkan sokongan, protes, memberi pendapat, kritikan, dan sebagainya tentang artikel yg disiarkan.

And I'm sure kita semua mesti pernah terbaca atau terdengar komen2 yg mcm ni,



Yes.

Kubur lain-lain. Dengan erti kata lain, kita xkan share lubang kubur dengan orang lain.


Actually dari satu sudut, statement itu mmg la betul. Memang tak dinafikan apabila seseorang hamba Allah itu diambil nyawanya oleh Allah dan tiba masa untuk dikebumikan, jenazah tersebut akan dapat satu liang lahad yg eksklusif untuk dirinya sahaja.

Melainkan jika andainya kita ditakdirkan untuk mati di dalam peperangan yang melibatkan pembunuhan beramai2, atau di dalam bencana alam yang dahsyat...lazimnya mayat2 yang beribu2 tadi akan dikebumikan di dalam satu liang lahad yang besar memandangkan kesukaran yang dihadapi untuk mengkebumikan jenazah sorang satu kubur.

Tapi itu cerita lain.

Aku sebenarnya dah jelak bila baca komen2 seperti di atas. Situasi mcm tu kerap berlaku bila ada insan2 yang cuba memberi pendapat atau nasihat berkaitan sesuatu artikel yang disiarkan di blog2 atau forum2 (especially artikel panas la kan contohnye pasal artis pakai seksi2, etc), then mesti ada juga hamba Allah yang menyatakan ketidak setujuan mereka dengan pernyataan 'kubur lain2' seolah2 memberi maksud,


"Kubur ko ngan kubur kite xsama ok...so mind your own business...jgn jaga tepi kain org...sukati kite la nak buat ape pon...pelisss..."


Ok, adakah perjalanan hidup manusia hanya terhenti setakat di alam kubur sahaja?

Mmg benar kubur lain2. Sekiranya kita melakukan amal kebaikan, maka insya Allah kubur kita akan diperluaskan dan diterangi dengan cahaya seterang2nya. Tapi sekiranya kita melakukan dosa, maka di alam kubur lagi kita akan menerima azab dari Allah. Kubur menjadi gelap gelita dan disempitkan, digigit binatang bisa, dan bermacam2 lagi. Semua itu akan kita hadapi sendirian. Jiran kita di kubur sebelah xkan dapat merasai apa yang kita rasa. Tapi semua itu takkan berakhir di situ sahaja.


Jangan lupa, walaupun kita tidak berkongsi liang lahad yang sama, kita tetap akan berkongsi padang Mahsyar yang sama...kita tetap akan naik timbangan Mizan yang sama, kita juga tetap akan meniti titian Sirat yang sama...

Dan dikisahkan di padang Mahsyar kelak, tatkala seorang hamba Allah itu telah menapak sebelah kaki ke dalam Syurga, tiba2 sebelah lagi kakinya dipegang oleh seorang hamba Allah yang hampir diheret ke Neraka. Pada ketika itu, si fulan yang akan diheret ke Neraka itu akan menuntut daripada hamba Allah yang akan masuk ke Syurga itu,


Penghuni Neraka : Ya Allah! Ketika di dunia dulu, hambamu ini tidak menasihati aku untuk menunaikan solat!


Penghuni Syurga : Tidak, Ya Allah! Aku telah menasihati dia dan mengajak dia sebanyak 100 kali!


Penghuni Neraka : Ya Allah! Seandainya dia mengajakku sebanyak 101 kali, pasti aku akan mengikutnya.


Begitu la gambaran fitnah yang akan kita hadapi di Mahsyar kelak. Seorang hamba yang hampir dimasukkan ke Neraka akan menuntut daripada saudaranya yang dikatakan tidak menasihatinya ke arah kebaikan sewaktu di dunia dahulu dengan harapan dapat dijadikan alasan untuk dia lepas ke Syurga.

Kalau begini la gambarannya, mcm mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak dengan pernyataan 'Kubur lain2' seolah-olah mereka terlalu hebat sehingga tak perlu ditegur dan dinasihati? Jangan cemarkan jiwa dengan kecetekan ilmu dan kedangkalan fikiran kita. Belajarlah untuk menerima teguran, lapangkan dada untuk menerima nasihat demi perubahan ke arah kebaikan. Jangan jadi sombong tak tentu hala disebabkan kekurangan ilmu agama sebagai pegangan.

Manusia diturunkan ke dunia sebagai Khalifah di atas muka bumi ini, bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah. Tanggungjawab seseorang Khalifah itu bukan hanya kepada dirinya sahaja, malah juga ke atas saudara2nya dan juga alam yang didiami ini. Semua itu akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.

Berhenti la berlagak seperti Firaun, Haman, Qarun, dan yang seangkatan dengan mereka. Mereka semua pernah diberi peringatan dan nasihat oleh Nabi2 di zaman mereka, tetapi mereka menolak dengan sombong dan bongkak. Akhirnya mereka diturunkan azab yang setimpal oleh Allah atas kemungkaran yang mereka lakukan. Dan sengaja Allah kekalkan peninggalan serta kisah mereka sehingga ke hari ini sebagai pengajaran dan tauladan buat umat2 selepasnya.

Kita masih belum terlambat.

 



2 comments:

Unknown said...

Lu rase gua camne bro? Okeh tak....hehehe

nuruddin | Ray said...

bro yas ok punyer...haha... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...