Thursday, March 24, 2011

How to Troll Malaysian

I'm dreaming of doing something like this...
I wish someday Proton will do this for their own sake...haha...

1. Produce a brand new car. As usual, make sure there's no leak.

2. Put any established or at least oversea's car manufacturer topmark eg. Nissan, Toyota, VW, etc.

3. Take that car into public, get their attention and see how they comment. Probably it will be

"Waaaa, Nissan has come out with a GSC model car...so naissss..."

"When this car will be launched? Cannot wait la, why our national car is not like this??"
or

"It's VW la bro, no wonder la design diorg gempak2, curve sini sana...perghh..."

4. After a few weeks, take the car back inside, and change the topmark back to Proton emblem.

5. Check out the next day Metro headline.

Dismiss.
Thank you.

Sunday, March 13, 2011

Kubur kita lain-lain?

Blog surfing is quite enjoyable since we can get new info and widen our knowledge on many things. Tak kurang jugak cerita2 panas yg tersebar luas dgn pantas di internet, especially tentang artis2 dan org2 kenamaan. Dan bila ada cerita panas, maka ada la juga komen2 panas drpd para pembaca setia, samada menunjukkan sokongan, protes, memberi pendapat, kritikan, dan sebagainya tentang artikel yg disiarkan.

And I'm sure kita semua mesti pernah terbaca atau terdengar komen2 yg mcm ni,



Yes.

Kubur lain-lain. Dengan erti kata lain, kita xkan share lubang kubur dengan orang lain.


Actually dari satu sudut, statement itu mmg la betul. Memang tak dinafikan apabila seseorang hamba Allah itu diambil nyawanya oleh Allah dan tiba masa untuk dikebumikan, jenazah tersebut akan dapat satu liang lahad yg eksklusif untuk dirinya sahaja.

Melainkan jika andainya kita ditakdirkan untuk mati di dalam peperangan yang melibatkan pembunuhan beramai2, atau di dalam bencana alam yang dahsyat...lazimnya mayat2 yang beribu2 tadi akan dikebumikan di dalam satu liang lahad yang besar memandangkan kesukaran yang dihadapi untuk mengkebumikan jenazah sorang satu kubur.

Tapi itu cerita lain.

Aku sebenarnya dah jelak bila baca komen2 seperti di atas. Situasi mcm tu kerap berlaku bila ada insan2 yang cuba memberi pendapat atau nasihat berkaitan sesuatu artikel yang disiarkan di blog2 atau forum2 (especially artikel panas la kan contohnye pasal artis pakai seksi2, etc), then mesti ada juga hamba Allah yang menyatakan ketidak setujuan mereka dengan pernyataan 'kubur lain2' seolah2 memberi maksud,


"Kubur ko ngan kubur kite xsama ok...so mind your own business...jgn jaga tepi kain org...sukati kite la nak buat ape pon...pelisss..."


Ok, adakah perjalanan hidup manusia hanya terhenti setakat di alam kubur sahaja?

Mmg benar kubur lain2. Sekiranya kita melakukan amal kebaikan, maka insya Allah kubur kita akan diperluaskan dan diterangi dengan cahaya seterang2nya. Tapi sekiranya kita melakukan dosa, maka di alam kubur lagi kita akan menerima azab dari Allah. Kubur menjadi gelap gelita dan disempitkan, digigit binatang bisa, dan bermacam2 lagi. Semua itu akan kita hadapi sendirian. Jiran kita di kubur sebelah xkan dapat merasai apa yang kita rasa. Tapi semua itu takkan berakhir di situ sahaja.


Jangan lupa, walaupun kita tidak berkongsi liang lahad yang sama, kita tetap akan berkongsi padang Mahsyar yang sama...kita tetap akan naik timbangan Mizan yang sama, kita juga tetap akan meniti titian Sirat yang sama...

Dan dikisahkan di padang Mahsyar kelak, tatkala seorang hamba Allah itu telah menapak sebelah kaki ke dalam Syurga, tiba2 sebelah lagi kakinya dipegang oleh seorang hamba Allah yang hampir diheret ke Neraka. Pada ketika itu, si fulan yang akan diheret ke Neraka itu akan menuntut daripada hamba Allah yang akan masuk ke Syurga itu,


Penghuni Neraka : Ya Allah! Ketika di dunia dulu, hambamu ini tidak menasihati aku untuk menunaikan solat!


Penghuni Syurga : Tidak, Ya Allah! Aku telah menasihati dia dan mengajak dia sebanyak 100 kali!


Penghuni Neraka : Ya Allah! Seandainya dia mengajakku sebanyak 101 kali, pasti aku akan mengikutnya.


Begitu la gambaran fitnah yang akan kita hadapi di Mahsyar kelak. Seorang hamba yang hampir dimasukkan ke Neraka akan menuntut daripada saudaranya yang dikatakan tidak menasihatinya ke arah kebaikan sewaktu di dunia dahulu dengan harapan dapat dijadikan alasan untuk dia lepas ke Syurga.

Kalau begini la gambarannya, mcm mana yang dikatakan oleh sesetengah pihak dengan pernyataan 'Kubur lain2' seolah-olah mereka terlalu hebat sehingga tak perlu ditegur dan dinasihati? Jangan cemarkan jiwa dengan kecetekan ilmu dan kedangkalan fikiran kita. Belajarlah untuk menerima teguran, lapangkan dada untuk menerima nasihat demi perubahan ke arah kebaikan. Jangan jadi sombong tak tentu hala disebabkan kekurangan ilmu agama sebagai pegangan.

Manusia diturunkan ke dunia sebagai Khalifah di atas muka bumi ini, bertujuan untuk memakmurkan alam ciptaan Allah. Tanggungjawab seseorang Khalifah itu bukan hanya kepada dirinya sahaja, malah juga ke atas saudara2nya dan juga alam yang didiami ini. Semua itu akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.

Berhenti la berlagak seperti Firaun, Haman, Qarun, dan yang seangkatan dengan mereka. Mereka semua pernah diberi peringatan dan nasihat oleh Nabi2 di zaman mereka, tetapi mereka menolak dengan sombong dan bongkak. Akhirnya mereka diturunkan azab yang setimpal oleh Allah atas kemungkaran yang mereka lakukan. Dan sengaja Allah kekalkan peninggalan serta kisah mereka sehingga ke hari ini sebagai pengajaran dan tauladan buat umat2 selepasnya.

Kita masih belum terlambat.

 



Saturday, March 12, 2011

Aku Menyesal Kawen....


Ini cerita aku..

Aku (bukan nama sebenar), baru je kawin ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon Dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawen...

This is how the story goes...

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah...haha. Takde orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...".
Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai. Tapi skarang...huhu...macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la. Pastu kadang2 jugak dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawen...

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape...kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2-3 ratos skelip mata...hohoho. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Takde dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang seceria mentari je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawen...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat. Ala Super Junior bleh, ala Carles Puyol bleh buat, ala Harith Iskandar pon bole, takde orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound...panjang sket je kene sound. Dia kata x hensem la, x kemas la. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh...

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..haha...) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku neh (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Kuat tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi...Arghh... first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit...huhu... Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti...hak hak...

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri. Sume dah ready made segar dari ladang...hehe.. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket (Ironman aku minat la...). Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai..haha... Malas basuh sebab tanak iron lagi (opsss...). Kalau basuh pon, aku x perah sbb x mo keronyok. Pastu baju2 bergelimpangan atas katil mcm kubu. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Tapi skarang...hehehe...

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je... Yela, kira ade orang take care la. Totalcare, Care Bear!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3...

Pastu kan, skarang kehidupan semakin tersusun. Maklum la dah ade 'P.A'. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif dan inovatif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran...hmm...sejuk rase hati ni. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah! Yeay!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
Ayang cubit je pehe abang
Abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemok neh?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif dan custom made untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawen LAMBAT!!!

Cerita asal dan diolah dari 
Tuah Mohd Bakheet

Tuesday, July 27, 2010

Because he is a Muslim

This is what really happen these days...
Akhir zaman...
Sememangnya mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak akan redha dgn kita selagi kita tidak mengikut jejak mereka...

Tuesday, June 8, 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi Yg Nyata Sia-Sia

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang pak cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.” Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.” “Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.” “Kenapa Pak Cik?” “Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.” “Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual. “Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.” “Winston from America?” bisik saya perlahan. Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan. “Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya. “Apa dia?” “Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam. “Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.” “Kita mesti sanggup memikul senjata.” “Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.” “Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.” “Apa yang menyakitkan mereka?” “Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.” “Jadi?” “Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.” Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?” “Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!” “Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.” “Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!” Lagi-lagi ke situ fikirnya. “Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.” “Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?” “Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.” “Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.” “Contoh?” “Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?” “Ketiga-tiga isme itu sama.” “Sama?” “Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!” “Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan. “Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.” “Misalnya?” “Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.” “Lagi?” “Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!” “lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.” “Idola Amerika?” “Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk. Saya urut belakangnya. “Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu. “Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.” “Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.” “Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…” “Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah: “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Original article by Ustaz Pahrol
Taken from Oh! Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...