Showing posts with label derma darah. Show all posts
Showing posts with label derma darah. Show all posts

Sunday, August 2, 2009

Derma Darah Amalan Mulia...wiwit~

Hari ni merupakan hari terakhir Festival Integrasi Kolej Perdana atau lbh feymes dgn nama FIESCOPE '09. Sepanjang 3 hari bermula jumaat lepas, begitu byk aktiviti yg dijalankan dan kebanyakannya sama je mcm tahun2 lepas...hehehe...mungkin AJK tahun dpn boleh fikirkan pembaharuan untuk program ini untuk tahun seterusnya

Untuk hari terakhir ni, antara aktiviti yg berjalan ialah Program Derma Darah. Yea, salah satu hobi aku di masa lapang ialah menderma darah, so tanpa berlengah aku pun turun seorg diri menuju ke Dataran U4 di mana sudah ramai penderma2 terlantar di katil untuk mendermakan darah mereka yg terlebih itu. Dengan penuh innocent, aku menuju ke kaunter pendaftaran, amek borang, tggu turn untuk check darah, then menuju ke katil untuk baring dan bersantai sambil menderma darah...


Dah 3 kali aku derma darah, so masuk yg ini dh 4 kali. Tapi proses mencucuk jarum kat tangan aku kali ini agak lama plak. Ntah ape plak silapnye, nurse tu terkial2 carik urat tak jumpe. Hehe...seb baek cun...

Sepanjang tempoh menunggu darah penuh satu bag, aku baring je sambil memikirkan masa depan, sambil melihat 2 ekor kuda meragut rumput di tepi stor, sambil melihat nurse2 sibuk mencucuk jarum di sana sini, sambil teringat iklan derma darah kat TV, dan sambil memikirkan cenderamata yg akan diberi kepada setiap penderma selepas menderma darah...hehehe...

Rupanya tak lama, lbh kurang 5 minit je bag darah dah penuh. So nurse yg cun td dtg untuk cabut jarum kat lengan aku neh..

"Darah awak merah" kata nurse tu tibe2.

"Heh??" aku pelik. Darah kan mmg warna merah. Nape bgtau plak? Aku kehairanan.

"Maksud saye, darah laen merah gelap. Awk punye merah cerah, mcm merah saga" nurse tu bgtau lepas tengok aku mcm hairan dgn pernyataan dia tadi.

"Owh...pelik yea warna merah cerah?" aku tanye lg.

"Tak la. Tak pelik. Cantik" balas nurse tu sambil cabut jarum kat tangan aku.

Hehehe...pandai plak nurse cun tu amek ati. Lepas cabut jarum, aku lepak2 jap kat atas katil tu. Bile nurse tu beredar ke katil sebelah, aku jenguk ke bwh katil untuk tgk darah aku dlm bag. Hmm...mmg agak cerah seperti yg didakwa oleh nurse cun tersebut. Bermakne dia bukan saje2 nak bodek la kan...ngee~

Lepas rehat seminit dua, aku terus bangun meninggalkan lokasi pendermaan darah itu sambil membimbit bag kertas berisi cenderahati dari pihak hospital. Dlm bag ni ada roti sambal bilis, twiggies, dan jugak satu bag isi baju untuk balik kampung. Hoho...mewah la plak cenderahati yg diorg bagi ni, biasenye dpt roti ngan air kotak je. Hehehehe...

Petang ni nak set up gimik penutup FIESCOPE plak...haih...bz sungguh aku ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...