Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, September 25, 2009

Meaningful Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin

"Thank you Allah for giving us chance to be together in this temporary world...and also in the everlasting future life."

Monday, September 21, 2009

Wadi Unung & 1 Syawal 1430H

Ramadhan 1430H telah meninggalkan kita. Perkiraan hisab pada tahun ni agak mengujakan kerana kita hanya berpuasa selama 29 hari je. Biasenye kalau ikut hisab (dan bukan dgn confirmation anak bulan kelihatan), kita kene cukupkan 30 hari puasa, tapi tidak tahun ini. Ada yang dah berkira2 bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Isnin, jadi xsempat wat ape2 persiapan. Hehe...xkisah la tu..yang penting mereka itu bukan kami...

Pada tanggal 29 Ramadhan, aku, din, dan ayah sibuk buat persiapan raya. Bukan untuk kami, tapi untuk Untung si Monkey Magic. Untung ialah nama penuh bagi monyet sengal kat tepi rumah kami. Monyet tu atuk sedara yang punye, tapi dia ditinggalkan kat sini untuk diberi makan dan minum secukupnya oleh ayah. Tapi kitorang kesian sbb dia xde rumah untuk berteduh. Jadi, sempena Syawal yang bakal menjelma ni, kami buatkan satu pondok untuk dia beraya. Wiwit~

Ha...ni la banglo milik Untung...beruntung sungguh dia...

Selepas selesai buat banglo untuk haiwan ni, si Untung kelihatan sungguh teruja sambil terkinja2 mcm beruk kene belacan kat atas atap banglo tu. Haih...patut la orang kate 'jakun mcm monyet'...roboh pondok tu kang baru tahu...

Tidak cukup dgn itu, kami bercadang untuk menamakan pondok a.k.a banglo Untung tu dgn nama yang sangat menawan. Tibe2 dapat satu idea yg sgt bernas...yeaaa...Wadi Unung, satu drama bersiri di Astro Prima. Sungguh menarek sehinggakan ibu pun tengok juge...


Hoh...baru gantung 5 minit, Untung dah cabut signboard tu. Mungkin dia tak suke dgn nama Wadi Unung. Mungkin dia nak letak nama Wadi Untung. Ahaha...

Dan untuk pengetahuan semua, banglo mewah milik Untung pun menerima nasib yang same mcm signboard Wadi Unung tu...tak sampai 24 jam, banglo tu dah roboh. Tu la...terlompat2 atas atap xreti duduk diam, mmg la roboh. Lepas ni, sape yang perangai jakun asek terlompat2, kite panggil dia Untung. Huh...

Ok...cukup cerita pasal monyet. Skang citer pasal orang plak.
Raya tahun ni kami beraya kat KL dulu. Lepas semayang raya, kitorang amek gambar satu family, then terus bertolak ke Keramat untuk beraya kat umah nenek. Ramai sedara mara kat situ. Sungguh meriah. Ditambah pula dgn cheseecake Auntie Liza...huii...sedap hingga menjilat sudu. 2nd day of Syawal baru balik Melaka.

Up up and awayyy!!!!

Gambar skema...

Gambar tidak skema...

Nantikan suasana hari raya di Melaka pula. Sekarang, mari breakfast dulu. Esok2 baru pose 6 yea

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Kepada semua umat Islam
di seluruh dunia

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Semoga Aidilfitri kali ini
lebih bermakna...

Ikhlas dari
nuruddin a.k.a Ray

Inspiration is Everywhere

Huii...dah lame sgt aku tak update blog neh...bukan malas, tapi tak cukup masa dan juga kekurangan bahan yg best untuk diketengahkan. Kalau nak update blog, biarlah ade isi yg btol2 menarik untuk dikongsi. Kalau setakat menulis mcm diari...ahhh...so typical and boring...

Here is sumthing not typical. As I've mentioned in the title, Inspiration is Everywhere...it's just the matter of being at the rite place at the rite time (and in the rite mood) to get it. Agree?

Check this out!




Nukilan Buat Kawan

Kawan,
Sempena Aidilfitri yang mulia ini,
Ku titipkan coretan tinta sebagai pengganti diri,
Buat melerai keresahan di hati,
Buat meluruskan kekusutan di sanubari.

Kawan,
Ku susun dua tangan memohon kemaafan,
Andai ada terkasar kata dan perbuatan,
Kerna diri ini terkadang leka dan kurang pertimbangan,
Selalu alpa menilai hati dan perasaan.

Kawan,
Ku susun sepuluh jari memohon keampunan,
Jika ada yang berkecil hati dan memendam perasaan,
Kerna diri ini terlalu banyak kekurangan,
Terkadang tak mampu memenuhi semua permintaan dan harapan.

Kawan,
Ku mohon ampun dan maaf dengan penuh redha,
Sempena lebaran yang tidak lama lagi bakal menjelma,
Agar hari-hari yang mendatang akan lebih sempurna.

Originally inspired by :
nuruddin a.k.a Ray
1839 hour
26 Ramadhan 1430H

There you go...at last, sumthing to be shared with.
Might be nice to be wrote in your kad raya for friends and peers.
Take it as you like.
After all, it's Ramadhan rite? Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...