Showing posts with label malang. Show all posts
Showing posts with label malang. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009

KB Mall Tragedy

Semalam aku baru balik dari Kota Bharu, Kelantan. Kami sekeluarga ke sana sebab ayah dan ibu ada urusan yg perlu diselesaikan. Aku dan adik2 menyibuk sama memandangkan kami dah lama meninggalkan bandaraya Islamic itu sejak 2006.

Sepanjang berada di sana, kami dpt lihat begitu banyak perubahan dan pembangunan yg telah berlaku di dalam bandaraya Kota Bharu itu. Bangunan2 yg dulunya kelihatan terpencil dan mundur, kini kelihatan gah dan padat dengan org ramai. Jalan raya yg dulunya suram, kini sesak dengan kenderaan lalu lalang, termasuk la jalan2 yg sudah berubah menjadi one way, membuatkan kami jadi confuse sebentar...hoho...

Makanya, siapa kata Kelantan tidak membangun???
Tanpa duit royalti pun dah jadi sebegini maju. Apakata kalau royalti diperolehi selayaknya?
Haha...fikirlah sendiri...

Perubahan yg paling ketara ialah, berdirinya bangunan gah KBTC (Kota Bharu Trade Centre) di tengah2 bandaraya membangun itu. Ia juga merupakan saingan kepada pasaraya The Store yg terletak berhampiran dan juga KB Mall yg ditimpa tragedi tanggal 6 Disember lalu.

Haa...bercerita tentang tragedi KB Mall...aku juga menerima berita tentang kejadian ngeri tu sebelum kes tu masuk TV tau...hehehe...dan seperti biasa, bile cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut ni, mmg byk version.

Lebih kurang jam 6 petang, aku dan family berada di Parkson dlm bangunan KBTC, shopping sakan...hehehe...
Sedang aku belek2 pakaian kat situ, terdengar la makcik customer assistant kat situ berborak sesama mereka...

Makcik 1 : ...bla...bla...runtuh...bla...mati...bla...kereta...

Makcik 2 : ...bla..bla..hah? yeke???..bla..bla...berapa....

Makcik 3 : .....................................

makcik 1 : bla..bla..bla...4 org....bla..bla...

Mase tu aku mmg tak amek port sgt nak dgr ape yg diorg bebelkan tu...sampai aku nak try pakaian pon diorg xkisah sgt. So aku pandai2 godek2 carik size sendiri, pastu gi fitting room...huhu...
Tapi selang beberapa minit, tibe2 adik aku yg sedang melepak kat Maahad Muhammadi ngan member2 dia mesej aku...

"Abg, KB Mall runtuh..."

Aku reply...

"Tahu da...ade kete jatuh dr tmpt parking..."

Dia reply balik...

"Oooo..."

See??
Betapa cepatnye berita tersebar...dan mcm2 versi dpt aku dgr sepanjang aku berada kat Parkson tu...
Mase aku nak bayar brg2 yg dibeli, aku bgtau ibu aku yg KB Mall runtuh br je tadi...

Ibu : Haa?? Ye ke??? KB Mall runtuh???

Brader cashier : Ha'ah...dgr katenye gitu la...runtuh...

Makcik nak byr jugak : Eh...bukan gitu citernye...sy ade kat situ tadi...sbnrnye, ade kete jatuh dari tempat parking...diorg tolak kete, pastu hilang kawalan agaknye, rempuh dinding pastu jatuh kat eskalator...

Ibu : Ooo...byk versi plak ek...citer kalau pass dr mulut ke mulut mmg selalu gitu...

Malam tu, lepas dinner, kitorg saje singgah Maahad Muhammadi untuk bg buah2an kat kawan2 Din, pastu saje jenjalan sekitar KB untuk tgk suasana kat KB Mall...ternyata masih ramai yg mengerumuni perkarangan KB Mall tu...aku pun tak tahu ape yg diorg nak tgk kat luar tu...ramai giler...mgkn ade penglipur lara yg sedang bercerita tentang kejadian tu kat dpn pntu masuk KB Mall tu kot...

Esoknye, kami bertolak pulang ke Bangi sekitar jam 11 lbh pagi...
Sampai kat umah, aku terus online dan bace beberapa website dan blog yg sememangnye tersangat up to date dgn bnde2 terkini...entry mengenai tragedi KB Mall ni sememangnye dh jadi topik perbualan hangat...mcm2 komen yg aku bace drpd pembaca2 blog dan website terbabit, dan ternyata rata2 mereka meluahkan rasa simpati atas apa yg berlaku. Tak kurang jugak yg sengaja mengaitkan beberapa isu politik dlm kejadian tersebut. Huh...pd aku, sgt tak patut dan berfikiran singkat. Malas aku nak ulas kat sini, kalau ade mase, korang search2 la sendiri yea...

Al-Fatihah buat mangsa yg terkorban, semoga Allah merahmati mereka...
Takziah buat keluarga mereka yg terlibat...

p/s : perlu ke letak gambar??? malas nak ltk gmbr sbb kalau ltk pon, gmbr yg sedut dr web org laen....korg mesti da pernah tgk punyer...hehehehe....


Wednesday, July 1, 2009

Salah Siapa?

Sebagai warga UTM Skudai yang berwawasan, aku sgt2 terkesan dgn berita yg mengejutkan ni...
Selama 4 tahun, nak masuk 5 tahun aku di UTM (aku extend, jgn byk soal), mmg byk khabar2 angin dan cerita2 yg agak gempar, but nothing so tragic like this one...

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.


Petikan Metro, 1 Julai 2009

Peh...beranak kat hostel...xde org tolong, lepas tu meninggal dunia sorang2 akibat pendarahan...
Seorg wanita yg meninggal dunia kerana melahirkan anak, dikira syahid...tapi mcm mane dgn yg ini??? She's not married yet...
Sama2 kite doakan semoga Allah ampunkan dosa dia, dan tempatkan dia di kalangan org yg diredhaiNya...amiin...

p/s : I wonder, which college is that???

Tuesday, June 16, 2009

Hari-hari yang 'Failed'

Sigh~

Betul...hidup ni ibarat roda...adakala kita di atas, adakala kat bawah...semuanya berputar dan berlaku mengikut qada' dan qadar yg telah ditentukan sejak azali, yg mana setiap satu mesti ade hikmah di sebaliknye...setiap perkara baek dan buruk yg berlaku pd diri kita, xkira la samade ianya sebagai balasan atas perilaku kita ataupun sebagai ujian, semuanya akan mematangkan kita dlm mengharungi hidup ini seterusnya...yg penting kita sabar dan belajar drpd apa yg dh berlaku...yes, i agree with myself...

Minggu lepas aku asek mengalami perjalanan hidup yg begitu menguji kesabaran dan ketahanan mental serta fizikal...ya, perkara2 mcm ni mmg seronok dikenang kembali sebagai satu cara muhasabah diri...heheheh...

Actually, mggu lepas ada beberapa urusan yg perlu aku selesaikan segera bagi memenuhi tuntutan hidup...hehe...i need to renew my driving license yg dh mati nak dekat sebulan lamanye...dan juge nak bukak satu akaun simpanan kat Maybank sebagai pelaburan masa hadapan...peh, perancangan sangat rapi dan ding dong...so, di pagi yg hening itu (xingat tarikh) aku pun memulakan perjalanan ke pejabat pos untuk renew lesen...dan di situ ujian bermula...

"Urusan pembaharuan lesen tergendala kerana kehabisan slip lesen"

...gitu la lebih kurang notis yg diletakkan kat tempat amek no giliran kat pejabat pos tu....haish...dengan muke xde perasaan aku pun keluar dan menuju ke Maybank plak...xjauh pon, sebelah pjbt pos jer...but again, nasib xmenyebelahi....

"Segala urusan tergendala. Sistem offline"

...pun gitu jugak lebih kurang notisnye yg diletakkan lawa2 kat kaunter bank tu...haduii....xtahu nk wat muke ape lg dah...


Situasi yg sama berlaku selama 2 hari berturut2, melainkan pada hari ketiga aku hampir berjaya bukak akaun kat cawangan Maybank Islamic...hampir berjaya, tp tak berjaya jugak...mykad aku xle read plak dah...ini bermakne aku terpakse pegi Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya untuk renew mykad....adoii aii...kalau wat kat cawangan, 2 mggu baru siap...kalau wat kat Putrajaya, 24jam je siap...huh...

Tp tetap xbest sbb gambar kat mykad baru xsecomel gambar kat mykad lame....hehehehe...maklum la, muke dh matured, konon...hihihi...so dipendekkan citer, lusanye baru dpt wat akaun...haih..

Dan...segalanye selesai hari ini selepas aku berjaya merenew lesen memandu aku selama 3 tahun sekaligus...malas nk renew acap kali...dah la mahal lak tu...baek wat lesen kapal terbang terus...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...