Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, August 11, 2009

Transformers Madness

Sudah hampir 2 bulan selepas pelancaran filem Transformers 2 : Revenge of The Fallen yg menjadi kegilaan semua peminat robot2 ni...tapi kehangatannya masih dirasai dan masih membara di seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia.

Di kedai2 permainan tak kira yg besar atau kecik, mesti ade jual model2 Transformers samada yg bole transform atau pon sekadar model statik. Tak ketinggalan jugak produk2 laen yg turut dikeluarkan sempena kehangatan filem ni...dengan t-shirtnye, topi, poster, badge, sticker, dan mcm2 lagi. Semuanya bole didapati dgn mudah di segenap pasaraya2 terkemuka dan kedai2 mainan seluruh negara, termasuk stesen minyak Petronas yg produk utamanya ialah petrol...

Ternyata di antara jutaan peminat Transformers, aku tidak terkecuali...cuma aku takde la fanatik mcm sesetengah mereka di luar sana. Aku minat sekadar minat, xde la sampai terlalu obsess. Dan dlm byk2 robot dlm filem tu, mesti la aku minat robot yg baek...dan robot bertuah tersebut ialah Bumblebee si kereta Chevrolet Camaro (nnt da byk duet, nak beli kete neh...hehehe...).

Tapi, bukan senang nak carik Bumblebee ni kat Petronas sbb model dia keluar awal drpd 3 model yg laen iaitu Optimus Prime, Megatron, dan StarScream. Carik punye carik punye carik, akhirnye aku jumpe jugak kat stesen Petronas di R&R Pagoh. Jauh giler aku carik robot ni sekor. Mase tu dh tggl 2-3 bijik je lagik...hehehe...

So, bile aku pulang ke kampus, aku pun eksen la kat Kebar (rumate aku selama 1 tahun setengah) yg aku dh ade Bumblebee...hehehe...tapi mase tu aku tgk dia mcm tak heran jer. Tapi xpe, aku tak kisah pun, yg penting aku dh dpt Bumblebee yg cumil ni, bole maen2 sblm tdo...yak yak yak...

Namun, selang semingu lebih, Kebar tibe2 pulang ke bilik dgn satu kejutan besar. Dia beli 3 model Transformers sekaligus di stesen Petronas Taman U. Perghh....mabok btol...dia kate seb baek Bumblebee dh abes, kalau tak mmg dia beli jugak...haish...

So, bile dh cukup keempat2 model ni, mule la masing2 mabok maen robot. Walaupun mainan murah je, tp ok la ni. Nanti byk duet, kite beli yg mahal plak yea. Yg bole transform mcm dlm muvie tuh...hik hik...

Kepada korg yg xde model ni, meh sini aku nak review sket tentang model2 murahan yg dibeli di stesen Petronas dgn harga RM15.90 setiap satu. Skang ni xbeli petrol pon dh bole beli robot2 ni sume...

Ni kesemua model yg berjaya dibeli oleh kami. Bumblebee tu aku punye, yg laen tu Kebar punye. Dia kate aku mabok beli mainan, tp dia lg mabok...huh...
(Sile klik untuk paparan yg lebih seksi dan mengujakan)

Optimus Prime
Conversion : Paling smart, mcm real tp xde la real sgt sbb murah. Tapi agak memakan masa.
Appearance : Warna cantik, bentuk pon memuaskan sbb nmpk mcm dlm filem, tp kaki mcm kurus sket...hehe..
Stability : 3/4 (stabil mase berdiri, tp xdpt lawan kestabilan Bumblebee)

Bumblebee
Conversion : Simple, senang dan cepat. Tak sampai 5 saat dah siap transform.
Appearance : Warna cermin kete tak lawa, ade ke warna biru. Tak matching langsung. Tp overall ok la...sbb aku minat dia..hehehe
Stability : 4/4 (paling stabil mase berdiri...letak mcm mane pon dia ttp bole berdiri, unless korang jentik dia)

Megatron
Conversion : Xde la complicated sgt mcm Optimus, tp takes time jugak nak transform mamat neh...
Appearance : Paling lawa dan paling detail antara 4 model ni. Sbb tu ramai suke beli Megatron w'pun dia jahat...hihi...
Stability : 2/4 (kaki dia ialah tayar kereta kebal yg diletakkan menegak...mmg la susah nak berdiri...)

StarScream
Conversion : Paling senang...lbh senang drpd Bumblebee...
Appearance : Lepas transform jadik robot, dari jauh mmg nmpk mcm lawa, tapi hakikatnye tak lawa sgt. Mmg la dia sng nak transform sbb buruk....hehhe...sori, diskriminasi sket kat robot jahat...
Stability : 1/4 (paling tak stabil. Ngok ngek btol...hangin aku bile nak bg dia berdiri. Sket2 nak jatuh. Mane taknye, kaki dia kurus mcm kaki monyet, tp badan lebar mcm papan...camne nak stabil)

Ha...ni la review ringkas tentang model2 Transformers yg bole dibeli kat Petronas. Kalau nak yg lawa dan best, beli la yg mahal sket. Nnt byk duet aku nk beli Bumblebee yg besar, canggih dan cumil (sket2 nak tggu byk duet...bile ntah...)

Next, nantikan entry tentang obsesi terhadap hero2 muvie yg laen pule. Siapakah hero yg bertuah itu???
Stay alert with S.T.O.R.M updates....hehehhe...


Ciao!

Sunday, July 12, 2009

Simpang 4 Maut

Semenjak tahun 1 sehingga kini, aku sudah amat fasih dengan selok belok jalan dan laluan di kampus UTM Skudai yg tercinta ni...sebut saje nak pegi mane, mesti dah terbayang segala ceruk laluan dan shortcut dlm kepala aku, ibarat GPS Knight Rider...heheheh...dan dlm byk2 jalan raya kat UTM ni, ade satu simpang di mana sering kali terjadi kemalangan tak kire la siyes atau tidak...mari kita namakan simpang itu sebagai Simpang 4 Hidup Segan Mati Tak Mahu...muahahahaha (sile gelak seram)...


Simpang 4 tersebut xde la sesibuk lebuh raya Utara-Selatan tatkala musim perayaan...tp yg aku pelik, selalu sgt terjadi eksiden di situ...tak kire la kete dgn kete ke, moto ngan moto ke, kete ngan moto ke, asalkan ade dua kenderaan terlibat, mmg kat situ la statistik eksiden paling banyak dicatatkan dlm sejarah UTM (pandai2 je aku...tp btol ape...)...

Simpang yg dimaksudkan terletak di kaki cerun dari Kolej Tuanku Canselor menuju ke Kolej Perdana. Dari situ kita bole nampak padang kawad terbentang luas dan juga kandang kuda tersergam indah...jika anda bergerak daripada site construction seberang sungai FKE, simpang 4 tersebut merupakan simpang 4 kedua selepas simpang 4 di Fakulti Kejuruteraan Elektrik...ha...agak berbelit bunyinye tp mmg gitu la nk explain...

Mengimbau kejadian yg pernah terjadi di situ, semalam, selepas solat Jumaat, aku lalu simpang tu untuk balik ke kolej...dari kejauhan terlihat ramai org berkumpul di seberang simpang tersebut...dlm hati aku terdetik, "Musti eksiden neh...xde laen...". Dan ternyata firasatku sgt tepat...tetapi, mane kenderaan yg eksidennye??? Tak nmpk pon...

Rope2nyer, kereta yg eksiden tu telah terbabas ke kawasan yg aku tak pernah terpikir untuk membabaskan diri di situ...untuk makluman anda, seperti biase, di bahu simpang jalan terdapat divider setinggi lbh kurang sejengkal...selepas divider tu ialah ruang pejalan kaki yg berumput seluas lbh kurang 1.5 meter...sebelah ruang pejalan kaki tu, terbentang longkang sederhana besar sedalam lbh kurang 1 meter...dan, di seberang longkang tu pulak adalah cerun atau bukit kecil yg berkecerunan 45 °-60 ° dari paras rata...and, the best part is, kereta tersebut berjaya naek ke permukaan cerun tersebut tanpa sebarang masalah...aku tak tahu mcm mane dia bole terbabas sampai mcm tu skali...sungguh menakjubkan mata memandang...
Dan, sekilas pandang, aku terus membuat persepsi bahawa drivernye mesti pompuan...hehehe...sori gurls...aku tak berniat begitu, tp yg berkumpul kat situ pon mmg ramai pompuan, jd rasenye tekaan aku tu boleh dikatakan 99% tepat kot...hehehehe....

Kejadian kedua, terjadi kat classmate aku sendiri...yea, seorang pompuan semestinyer...hehehee...dia menunggang motor menuruni cerun tersebut dan tibe2 dirempuh sebuah kereta dari arah tepi yg sepatutnye memberi laluan kepada kenderaan di laluan utama tu...dan sekali lagi, pemandu kereta itu juga adalah pompuan (haish...)....
Tapi yg hanginnye, dah la kereta tu yg salah, tp dia siap bole maki member aku yg naek moto tu plak, "Ko tak nampak ke kete ni???".
Hamboii...padahal dia la yang patut bg laluan dulu...tp dia plak yg marah2 org...ni member aku la yg citer balik kat aku...seb baek aku xde kat situ, kalau tak, dgn aku2 skali kene maki ngan awek kerek tu...hahahahaha...

Sudah la tu...entry ini bukan bertujuan untuk mengkondem pemandu wanita, tapi kebetulan yg terlibat dlm kemalangan kat situ ramai yg bergelar aweks, jd terpakse la aku cite jugak..hehehe...jgn marah yea...

Kesimpulannye di sini, aku ingin menyeru kepada pihak berwajib UTM agar mengambil langkah sewajarnye dlm mengatasi masalah ini yg seolah2 xde penghujungnyer. Ape kate kalau pihak UTM arahkan student2 perancang bandar tu design satu solution untuk jalan raya dalam kawasan kampus ni. Gunekan la kemahiran mereka tu di jalan yg benar. At least, wat la flyover ke, terowong bwh tanah ke, atau paling koman pon, wat traffic light....hahahaha....sungguh seronok jika kampus UTM ade traffic light...meriah...


p/s : naseb baek aku ade setahun je lagi kat sini...xsanggup aku melihat sandiwara kemalangan yg bodo2 di situ lg....oh tidakk...

Saturday, July 11, 2009

Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 2

Sambungan dari Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 1


Dalam bahagian yg kedua ni, mari kita singkap makna yg tersirat di sebalik tanda tangan...

1. Satu garisan di bwh tanda tangan
  • seorg yg sgt yakin
  • ada personaliti yg hebat
  • agak mementingkan diri sendiri
  • percaya bahawa kebahagiaan dlm hidup sgt perlu
2. Dua titik di bwh tanda tangan
  • romantik
  • mudah tukar pasangan mcm tukar baju
  • memilih kecantikan (bg lelaki)
  • sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bg wanita)
  • mudah menarik perhatian org untuk berdamping
3. Satu titik di bwh tanda tangan
  • kelihatan mudah dan tenang
  • cepat hilang kepercayaan kepada org apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bwh tanda tangan
  • seronok dgn kehidupan
  • ikut gaya dan cara sendiri
  • kurang beri perhatian pd pandangan org lain
5. Tanda tangan yg tiada kaitan dgn nama
  • sentiasa berusaha supaya smart
  • suka berselindung
  • jarang ambil pandangan org lain sbg panduan hidup
  • yakin dgn kebolehan diri sendiri
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
  • cerdik tapi kurang hendak berfikir
  • cepat tukar pandangan atau idea
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
  • seorang yg sgt prihatin
  • tidak pentingkan diri sendiri
  • sanggup berkorban apa saja demi org lain
  • seorang pemikir
  • seorang yg mudah serik
8. Tanda tangan mengikut ejaan nama dengan huruf jelas
  • seorang yg sgt baik
  • boleh sesuaikan diri dlm apa jua keadaan atau dengan siapa saja
  • tegas dgn pendapat sendiri
  • ada semangat yg tinggi
Next, mari kita kenali tokoh2 berikut berdasarkan tanda tangan dan tulisan mereka...




Osama Laden

Seorang yg tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan pekat atau tebal pd tanda tangannya menunjukkan dia seorang yg mempunyai tenaga yg tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pd tanda tangannya menunjukkan personaliti keras. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan org padanya, dia tidak akan mati sebaliknya 'menggigit' balik dgn ganas.

Review aku : xde mcm ketam pon...mcm senapang AK 47 ade la...siyes...


George Bush
Tanda tangannya yg bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah2 bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yg menyimpan perasaan marah, geram, dendam, dan kekecewaan yg amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.

Review aku : mamat ni tanda tangan mcm mane pon ttp jahat jugak...huh...




Adolf Hitler

Tulisan tangannya yg bersudut menunjukkan dia seorang yg mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yg meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan dia seorangyg tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.

Review aku : yea...membunuh diri dan juge org2 yahudi di zaman itu...



Bill Gates

Tanda tangan yg bersudut menunjukkan dia seorang yg mempunyai pemikiran yg tajam. Garis melintang pd huruf 't' yg memanjang ke kanan dan titik 'i' yg jelas menunjukkan dia seorang yg baran dan lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yg baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dgn cara yg lebih teratur.

Review aku : mcm conteng2 je, xnampak huruf 't' langsung...



Michael Ja
ckson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dgn satu lingkungan. Umum maklum bagaimana dia membuat pembedahan plastik, mengurung diri dlm tangki oksigen, dan semua ini jelas tertera pd tanda tangannya membuktikan dia melalui masalah besar dlm hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yg mencondong ke bawah.

Review aku : btol la tu kot...bole rujuk entry aku sebelum ni tentang MJ...



Albert Einstein

Mereka yg mempunyai tulisan dan tanda tangan yg kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yg rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yg amat tinggi. Garis melintang huruf 't' pd bahagian hujung atas menunjukkan dia seorang yg mempunyai sikap yg bagus dan bercita-cita dlm hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan yg amat tinggi.

Review aku : mmg kemas dan konsisten, tp kecik bebenor...sah2 genius...

Selesai sudey bahagian ke-2...actually, ade lagi neh...tp aku penat nak taip...kalau aku rajen, akan ade la Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 3, kalau tak rajen, xde la...heheheheh....

Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 1

Artikel ni aku amek dari Berita Harian tahun bile ntah...dah lame aku simpan bnde ni...semalam godek2 laptop, jumpe plak artikel ni...quite interesting for sharing...


Banyak cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia, atau sebenarnya dia tak boleh dipercayai, tak jujur, tak ikhlas atau sebagainya.

Berkawan dan mengenali seseorang dengan lebih rapat untuk mengetahui peribadi mereka mungkin adalah cara terbaik, tapi ada ketikanya cara begini lebih memakan masa, tenaga, dan yg lebih malang, harta benda dan jiwa raga turut tergadai bila akhirnya insan yg dikenali ini hanya indah khabar dari rupa...nak2 pulak bila bercinta...hehehehe...


Justeru, ramai yg mencuba2 mengorek rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan dan juga tanda tangan. Mmg bukan mudah, tp tak salah mencuba, kan? Tapi, benarkah tulisan dan tanda tangan mampu mengungkai rahsia? Benarkah ia dpt menceritakan sifat peribadi empunya badan???


Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar analisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.

Sebagai contoh, tanda tangan yg terputus2 membawa maksud perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar, bermaksud pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan. Tanda tangan kecil pula menunjukkan seseorang itu banyak berahsia. Berurusan dgn org sebegini sentiasa sukar diselesaikan.

Merujuk kpd buku tulisan pakar grafologi, Dr. Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan (location), ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan, dan unsur tambahannya. Jelas beliau dalam buku tersebut, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri2 keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yg hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yg disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa/atasan. Jika agak ke atas sedikit drpd garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dokumen yg ditandatangani itu. Dan jika ke bawah sedikit dari garisan, ia menunjukkan kemurungan.

Tanda tangan yg menaik menampilkan rasa percaya pada diri yg tinggi dan sebaliknya jika menurun. Tanda tangan yg cenderung ke kiri dr tempat yg disediakan menunjukkan rasa takut (pd org lain atau kegagalan) manakala cenderung ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan yg lebih kecil drpd teks tulisan pula mengungkap keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan yg besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Jika hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala tanda tangan yg kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Tanda tangan yg kita cipta semasa kecil biasanya tidak kekal. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yg tercipta di kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi bila tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan dll. Mungkin ini juga menunjukkan kita sudah mencapai tahap kematangan, tahu apa yang nampak menarik dan mungkin juga unik, sesuai dengan usia dan kehidupan.

Bagaimana pun, Prof. Dr. John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia mempunyai pendapat tersendiri,

"Memang dlm tanda tangan ada unsur yg menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yg berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap. Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian drpdnya".

Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.

Kata Dr. John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil drpd gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dpt menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang.

Ikuti Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 2....penat sey nak menaip....




Salasilah Keturunan Nabi

Semua manusia adalah sama...
Asal usul kita adalah dari keturunan Nabi Adam a.s yang diciptakan daripada tanah, dan ke tanah jua kita semua akan dikembalikan.
Satu peringatan buat manusia yang selalu alpa dan leka dengan nikmat dunia, hingga lupa siapa diri mereka sebenarnya, untuk apa mereka diciptakan di dunia ini.


Sebagai umat Nabi Muhammad yakni umat akhir zaman, kita amat bertuah kerana diberi banyak keistimewaan oleh Allah berbanding umat2 terdahulu. Begitu besar darjat umat akhir zaman sehingga dikatakan manusia tidak akan masuk syurga sebelum umat Muhammad memasukinya. Tapi sejauh manakah kita mengenal Rasul junjungan kita??? Rasul yang akan memberi syafa'at kepada seluruh umat manusia di mahsyar kelak???

Sebagai perkongsian kita bersama, di sini dipaparkan carta salasilah Rasulullah s.a.w bermula dari Nabi Adam a.s.
Moga bermanfaat untuk kita semua.

Sila klik gambarajah untuk paparan lebih jelas dan memberangsangkan

Sori, kat sini xle letak gambar besar2 sbb tak muat..hehehe...
Kalau bermanfaat untuk anda, sebar2kan la untuk kwn2 yg laen yea...


p/s : thanx to Abg Bandi, YDP PSSCM Caw. Johor for sharing this informative chart...




Pioneer...berbaloikah menjadi seorang perintis???

Sigh~

Aku memulakan sesi mengupdate blog pada hari ini dengan keluhan kecil. Mana tidaknyer, port aku selalu lepak untuk online setiap malam telah dijajah oleh makhluk laen...haduii...sungguh hangin diriku ini...tapi nak buat mcm mane, port tu bukan ade tulis nama aku pun...jadi dengan berat hati, aku pun terpakse meneroka lokasi laen ibarat sang peneroka felda yang terpaksa membuka kawasan baru di hutan belantara...

Kisah 1

Sudah lama Kolej Perdana tak dpt internet...oh, mungkin hanya blok U6 sahaje yg begitu malang...U5 dpt je...apatah lagi blok U7 yang sememangnya hidup dlm dunia mereka sendiri...
Jadi, sejak beberapa hari ni, aku mengambil langkah drastik untuk lepak di kafe U5 setiap malam untuk mendapatkan Wi-Fi UTM yang sememangnye menakjubkan speednyer...brader cashier kafe tu pon dah iktiraf dah tempat tu mmg aku duduk tiap2 malam...siap tanye, "Eh, apsal semalam tak dtg?". Aku jwb, "Semalam ade meeting la bang, hehe...".
See? Betapa aku sangat noticable di situ..hehehe...bole dikatakan, hampir setiap malam aku akan lepak sorg2 kat situ untuk online, dengan xde sape2 pon yg mengganggu ketenteraman hidopku...sehingga la pada malam ini.....



Aku tahu, diorg dh selalu tgk aku online kat situ setiap malam, jd mereka pon mengambil langkah drastik untuk online di situ juge...kebetulan, aku ade training silat mlm ni, so aku lambat sket dtg ke kafe ni untuk online...so, lepas aku balik training, siap2 pegi makan tgh malam, dan setibanya aku kat sini...perghh...ramai siot dah duduk kat port aku...bukan sorang, bukan dua org...tp ade la 4-5 org...dh la ramai, siap conquer plug extension pulak lagi tu...ceit...
Akhirnya aku terpakse mengalah...terpakse aku carik port seberang yg agak gelap...ni la nasib seorang pioneer...hehehehe...pioneer online di kafe pada tengah2 malam...hihihi...

Kisah 2

Aku agak suke baca buku...bukan la suke sgt, tp kalau kene dgn jenis buku, mmg aku akan bace tanpa mengira waktu dan situasi.
Tapi sampai satu ketika, aku dh xjumpe spesis buku yg aku suke untuk dibace...so, agak boring juge kehidupan seharian aku sbb xde ape yg pelik untuk dibuat selaen pegi kuliah dan balik kuliah...suddenly, aku dpt satu idea...


Kebetulan, di satu hujung minggu, aku pergi ke City Square, sebuah shopping complex yg terkenal kat JB. Kat sane, aku beli satu toy yg dikenali sebagai Rubix Cube...yeaa...cube petak2 yang ade 4 kaler tu...mase tu rasenye aku sorang je yg maen bnde alah tu kat kolej...ke hulu ke hilir aku bwk bnde tu...pusing punye pusing punye pusing...xdpt2 gak nak setelkan cube tu..hehehe...tp xpe, at least ade bnde aku nk buat selaen rutin harian aku yg dh biase sgt aku buat....

Tapi mcm biase, satu hari tu budak sebelah bilik aku dtg ke bilik aku...then dia nampak la Rubix Cube tu kat atas meja aku...pastu dia nak pinjam, jadi aku bagi je la...sbb aku pun dh pening xdpt setelkan semua kaler tu...paling dasat pon dpt 3 kaler je...maka, dari situ bermulalah kepopularan Rubix Cube di blok U6, Kolej Perdana....

Beberapa mggu lepas tu, ke mane saje aku pegi, bole kate nampak saje budak2 maen Rubix Cube...rupenyer, member aku yg pinjam Rubix Cube aku tu ajak member2 dia yg laen maen same, dan diorg pon beli sorg satu...peh...semangat btol diorg nak maen bnde yg menguji minda neh...tp tak dinafikan, diorg mmg dasat sbb dh dpt setelkan cube tu...aku je yg xdpt lagi...sbb, Rubix Cube aku diorg dh kopak2kan untuk wat research mcm mane nak setelkan cube tu...hampeh tol...

Mcm tu la lbh kurang cite yg aku ingat...dh lame dh kisah ni...tp bile ingat balik, mcm budak2 pon ade...ngeee~

Tengok la...pro dan kontra menjadi seorang pioneer...hihi...mcm klaka pon ade...tp xkisah la, yg penting aku enjoy dgn ape yg aku buat...dunia ni tak kekal, jd ape salahnye berkongsi ape yg kita ade dgn org laen, ye tak???
Because sharing is caring...yak yak...

Tuesday, July 7, 2009

Kebosanan dan Henset

Hari ni aku terlalu bosan...tersangat bosan sehinggakan tahap adrenalin aku menurun...mungkin hormon tu tak perlu dirembeskan byk2 sbb aku xbergerak aktif hari ni...pagi td pegi jumpe lecturer untuk setelkan hal PSM, tp nmpknye aku masih xdpt decide untuk proceed dgn tajuk ape...dan petang terus berlalu dgn begitu suram dan bosan tanpa aktiviti yg menjana minda...yea, mlm ni tidak terkecuali...aku harus lakukan sesuatu supaya aku sekurang2nya dpt melakukan sesuatu yg ade pekdah pd mlm ni...mgkn mengupdate blog agak berpekdah juge...

Sebenarnye tahap kebosanan aku xde kaitan dengan henset...title henset tu hanya sekadar modal untuk aku menulis sesuatu di sini...kate nak wat bende berpekdah...harap2 entry kali ni mmg btol2 berpekdah la yea..hehhee...

Penggunaan henset pada masa kini mmg sgt meluas...kalau dulu, henset disifatkan sebagai satu objek yg melambangkan kemewahan dan ke'kerek'kan seseorang itu mengusung telepon kehulu kehilir...mane taknye, henset dulu bes
ar gedabak, bole buat sendal tayar lori...tp kemajuan teknologi yg pesat membangun memperlihatkan kita akan inovasi dan evolusi teknologi henset yg begitu ketara masa kini...


Sume henset murah, bole la dia lambak2 gitu...

Sekarang, kalau budak2 beli henset tu perkara biase la...mcm beli tepung je gamaknye...tp itu tidak penting....ape yg penting sekarang, tahukah anda tahap kualiti henset yg dibeli itu??? Bagaimana untuk men'detect' sejauh mana henset yg dibeli itu sungguh berkualiti????

Here's how...

Step 1 :
Taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

Step 2 :
Semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ...)

Step 3 :
Berdasarkan perincian di bawah, semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td...

- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.

- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.

- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.

- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.

- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.


So, di mana tahap henset kesayangan anda sekarang???

Sunday, July 5, 2009

11 Facts of Health

An apple a day, keeps the doctor away...

These are 11 facts about health...i've never heard some of them, because they're quite weird to me...hehehe...but it's still good for us to know...

1) Answer the phone by LEFT ear.

2) Do not drink coffee TWICE a day.

3) Do not take pills with COOL water.

4) Do not have HUGE meals after 5pm.

5) Reduce the amount of OILY food you consume.

6) Drink more WATER in the morning, less at night.

7) Keep your distance from hand phone CHARGERS.

8) Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

10) Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.

11) When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Kalau difikirkan balik, sume perkara di atas aku pernah buat...xpernah aku kesah nak jwb tepon ngan telinga kanan ke, kiri ke...lgpn kdg2 gune earphone, bole borak lame2 tanpa memenatkan tangan..eh, itu pun salah satu perkara di atas gak...haish...see what i mean???

Kesihatan itu satu nikmat Tuhan yg kadang2 kita terlupa yang kita sedang menikmatinya...

Caution All Drivers!!!


Kebelakangan ni, jenayah dan kecelakaan yang melibatkan pengguna jalan raya sangat menjadi-jadi. Bermula dari kes ragut bermotosikal, road bully, langgar lari, simbah minyak atas highway, dan bermacam2 lagi bentuk kreativiti yg ditonjolkan oleh sesetengah individu atau kelompok yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira perasaan dan akibat yg diterima oleh orang laen. Tak kira la samada mereka melakukan itu semua itu mengaut keuntungan dunia dengan cara mudah seperti meragut, ataupun memuaskan nafsu serakah sendiri seperti merempit dan road bully, atau juga melepaskan diri dr tanggungjawab dengan cara yg tidak berperi kemanusiaan seperti langgar lari...semuanya mendatangkan kesan buruk kepada mangsa, dan juga kepada si pemangsa akhirnya...

Walaupun tidak begitu menakutkan, tetapi cukup untuk menggambarkan keganasan yg terjadi ke atas basikal malang ini...

Beberapa ketika dulu, aku pernah terbaca satu bulletin post yang ditulis oleh seorang kawan...posting tersebut menceritakan tentang bagaimana dia hampir terlibat dalam salah satu jenayah jalan raya yang aku sebutkan di atas...he's got lucky not to trust those bandits...
The story goes like this...

This incident happened to me and be very careful if you ever encounter such case in future. On Thursday 5 February, I was driving in the afternoon. Quite a number of cars on the road. I was driving near the UE3, Taman Miharja, Cheras when two Indian guys on a motorbike honked me and pointed to the passenger-side wheel. I slowed down, not stopping but they kept honking and pointing to the wheel.

Finally, I stopped at the side of the road in front of the UE3 complex. The two guys stopped and came down from their bike. One has the "BMW" name and logo on his blue shirt. While the other guy squatted in front of the passenger-side wheel (I can't see him), the "BMW" guy came to the passenger side. My car is always locked when I drive and I lowered the passenger-side window about two inches to talk with him.

Speaking in Malay, he told me my wheel has smoke and oil. I hesitated evaluating the situation, and he then bent down at the wheel and came up showing me his finger with some oil on it. He said my brake oil is leaking and cannot drive and asked me to go out to see the wheel. Pointing to Taman Pertama which is just nearby, I told him I stay there and will go to my mechanic there for check-up. He kept insisting I don't drive as my brakes are not working and I can get an accident. He kept asking me to go down and look at the wheel. I said no and I drove off.

I drove home very slowly in case I really cannot brake the car. 10 minutes later I arrived at the mechanic shop which is quite near to my house. I asked the mechanic if there is any oil in the wheel, he touched it and said yes and possible brake oil is leaking. He took it into the workshop and took out the wheel. Behold, there was no leak, all dry. There was some oil at the brake pad and at the back of the tyre. He took out the driver-side tyre and it was dry too. He told me the only possible answer was that someone must have poured oil into my wheel. He washed the tyres and cleaned up the oil and then I went off.


I didn't tell the mechanic what had happened earlier but I think I know what happened. The two Indian guys stopped me. While one was talking with me, the other guy squatting at the wheel must have poured some oil into my wheel, making me think my car's brake oil was leaking and in panic, I might go down and check (that's why he kept asking me to go out and see). If I go out of the car to see, the following things can happen:

1. One guy will drive off with my car (hoping in panic I'll leave the car keys in the car) while the other will ride off in his motorbike.


2. They will threaten and rob me. (with or without injury)


3. They will say they can repair my car very fast with no hassle and charge me a high fee.

Looking at the crime situation in KL these days, I think either one of the first two possibilities will happen. Thank God, I was alert and didn't panic. So for you drivers in KL, please be careful and be alert at all times while driving. Don't be so gullible and take all word as true. If it happens, drive to the nearest police station or mechanic workshop. The worst thing that can happen is to buy two brand new tyres (if tyres are damaged) or pay to repair for the damage done to the car. Cheaper than your life, or your car.

So drive carefully. Take care.

Thanx to Syed Ahmad Farhan for sharing...
See???
Betapa bahayanya jalan raya di Malaysia kini...betapa kita begitu mudah terdedah kepada jenayah dan kecelakaan sebegini kalau kita tidak berhati2 selalu...kejadian yang tidak kita sangka2, mungkin boleh berlaku pada kita...sebab, mereka2 yg telah pun menjadi mangsa sememangnya tidak menjangkakan kejadian itu akan berlaku ke atas mereka...so do we...
Starting today, increase our level of cautiousness...better late than sorry...

Prevent is better than cure...chiao...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...