Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Friday, September 25, 2009

Meaningful Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir & batin

"Thank you Allah for giving us chance to be together in this temporary world...and also in the everlasting future life."

Monday, September 21, 2009

Wadi Unung & 1 Syawal 1430H

Ramadhan 1430H telah meninggalkan kita. Perkiraan hisab pada tahun ni agak mengujakan kerana kita hanya berpuasa selama 29 hari je. Biasenye kalau ikut hisab (dan bukan dgn confirmation anak bulan kelihatan), kita kene cukupkan 30 hari puasa, tapi tidak tahun ini. Ada yang dah berkira2 bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Isnin, jadi xsempat wat ape2 persiapan. Hehe...xkisah la tu..yang penting mereka itu bukan kami...

Pada tanggal 29 Ramadhan, aku, din, dan ayah sibuk buat persiapan raya. Bukan untuk kami, tapi untuk Untung si Monkey Magic. Untung ialah nama penuh bagi monyet sengal kat tepi rumah kami. Monyet tu atuk sedara yang punye, tapi dia ditinggalkan kat sini untuk diberi makan dan minum secukupnya oleh ayah. Tapi kitorang kesian sbb dia xde rumah untuk berteduh. Jadi, sempena Syawal yang bakal menjelma ni, kami buatkan satu pondok untuk dia beraya. Wiwit~

Ha...ni la banglo milik Untung...beruntung sungguh dia...

Selepas selesai buat banglo untuk haiwan ni, si Untung kelihatan sungguh teruja sambil terkinja2 mcm beruk kene belacan kat atas atap banglo tu. Haih...patut la orang kate 'jakun mcm monyet'...roboh pondok tu kang baru tahu...

Tidak cukup dgn itu, kami bercadang untuk menamakan pondok a.k.a banglo Untung tu dgn nama yang sangat menawan. Tibe2 dapat satu idea yg sgt bernas...yeaaa...Wadi Unung, satu drama bersiri di Astro Prima. Sungguh menarek sehinggakan ibu pun tengok juge...


Hoh...baru gantung 5 minit, Untung dah cabut signboard tu. Mungkin dia tak suke dgn nama Wadi Unung. Mungkin dia nak letak nama Wadi Untung. Ahaha...

Dan untuk pengetahuan semua, banglo mewah milik Untung pun menerima nasib yang same mcm signboard Wadi Unung tu...tak sampai 24 jam, banglo tu dah roboh. Tu la...terlompat2 atas atap xreti duduk diam, mmg la roboh. Lepas ni, sape yang perangai jakun asek terlompat2, kite panggil dia Untung. Huh...

Ok...cukup cerita pasal monyet. Skang citer pasal orang plak.
Raya tahun ni kami beraya kat KL dulu. Lepas semayang raya, kitorang amek gambar satu family, then terus bertolak ke Keramat untuk beraya kat umah nenek. Ramai sedara mara kat situ. Sungguh meriah. Ditambah pula dgn cheseecake Auntie Liza...huii...sedap hingga menjilat sudu. 2nd day of Syawal baru balik Melaka.

Up up and awayyy!!!!

Gambar skema...

Gambar tidak skema...

Nantikan suasana hari raya di Melaka pula. Sekarang, mari breakfast dulu. Esok2 baru pose 6 yea

Wednesday, August 19, 2009

Terawih 1430H di KP

Kedatangan Ramadhan 1430H kian terasa...ditambah pula dgn ujian yg ditimpakan ke atas umat manusia sejak beberapa bulan sebelumnya, wabak Influenza A H1N1, menambahkan lagi kehangatan suasana. Sedang ramai umat manusia khususnya umat Islam bersiap sedia menghadapi Ramadhan, ramai juga yg sibuk dan kalut mempersiap diri selengkapnya untuk menghindar dari dijangkiti penyakit berbahaya ini. Semoga kita mendapat bantuan Allah untuk melalui ujianNya ini.


Seperti tahun2 sebelum ini, bila tiba Ramadhan, selalunya aku akan berpuasa pada hari pertama di kampus. Yea...sungguh seronok walaupun terkilan tidak dpt menyambutnya bersama2 keluarga di rumah. Tapi xpe la, kat sini pun ade keluarga jugak...kawan2 kolej, coursemate, bdk2 surau, pengetua kolej, dan juga awek2 kolej...hehehehe...

Dan seperti tahun2 sebelum ni juga, aku dan kawan2 biasenye akan merangka perancangan untuk mengadakan Jelajah Kembara Tengku Mahkota ke seluruh UTM bagi menunaikan solat terawih di surau2 berlainan setiap hari....hehehhee...saje nak merasa suasana di kolej kediaman lain, juga merasai kemeriahan di tempat2 berbeza.

Di UTM ade 17 buah kolej, tp secara rasminya ada 13 buah kolej memandangkan ada kolej2 yg digabung bersama. Ini bermakna ada 13 buah surau yg bole dijelajahi sepanjang Ramadhan ini. Eh...tak jugak...sila tolak kolej2 siswi seperti Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Fatimah dan K9 yea. That makes them 10 surau to be visited.

Tahun ni jugak, ade yg menarik tentang surau di kolej aku sendiri, iaitu Kolej Perdana yg tercinta. Tahun ni, warga KP akan menunaikan solat terawih dlm suasana yg cukup dingin dan nyaman seperti di kawasan pergunungan di selatan Kanada...hohoho...jauh sungguh subjek perbandingannya. Yea, surau kami dh ade aircond!

Kotak aircond yg diletakkan di tepi surau...sungguh mengujakan!!!

Pagi td sebaik saje aku balik dari kelas kemahiran pencarian maklumat di PSZ, aku nmpk ade kotak2 di tepi surau, dan kelihatan juga En. Suhaili sedang berbincang mesra dgn brader2 technician yg bertanggungjawab memasang aircond tersebut. Menurut En. Suhaili, 6 bijik aircond akan dipasang di surau kami pada hari ini jugak. Waaooo...surau tu xde la besar mane, tp pasang sampai 6 bijik...mesti lepas ni kami semua akan terasa lbh khusyuk dan tawadhuk menunaikan solat...xde kaitan kot...

So, pemasangan aircond ini membuatkan aku terfikir...jadi ke tak rancangan aku untuk mengadakan Kembara Mahkota neh??? Surau KP dh ade aircond, kompem 21 rakaat tidak terasa...huhui...

Sunday, August 2, 2009

Derma Darah Amalan Mulia...wiwit~

Hari ni merupakan hari terakhir Festival Integrasi Kolej Perdana atau lbh feymes dgn nama FIESCOPE '09. Sepanjang 3 hari bermula jumaat lepas, begitu byk aktiviti yg dijalankan dan kebanyakannya sama je mcm tahun2 lepas...hehehe...mungkin AJK tahun dpn boleh fikirkan pembaharuan untuk program ini untuk tahun seterusnya

Untuk hari terakhir ni, antara aktiviti yg berjalan ialah Program Derma Darah. Yea, salah satu hobi aku di masa lapang ialah menderma darah, so tanpa berlengah aku pun turun seorg diri menuju ke Dataran U4 di mana sudah ramai penderma2 terlantar di katil untuk mendermakan darah mereka yg terlebih itu. Dengan penuh innocent, aku menuju ke kaunter pendaftaran, amek borang, tggu turn untuk check darah, then menuju ke katil untuk baring dan bersantai sambil menderma darah...


Dah 3 kali aku derma darah, so masuk yg ini dh 4 kali. Tapi proses mencucuk jarum kat tangan aku kali ini agak lama plak. Ntah ape plak silapnye, nurse tu terkial2 carik urat tak jumpe. Hehe...seb baek cun...

Sepanjang tempoh menunggu darah penuh satu bag, aku baring je sambil memikirkan masa depan, sambil melihat 2 ekor kuda meragut rumput di tepi stor, sambil melihat nurse2 sibuk mencucuk jarum di sana sini, sambil teringat iklan derma darah kat TV, dan sambil memikirkan cenderamata yg akan diberi kepada setiap penderma selepas menderma darah...hehehe...

Rupanya tak lama, lbh kurang 5 minit je bag darah dah penuh. So nurse yg cun td dtg untuk cabut jarum kat lengan aku neh..

"Darah awak merah" kata nurse tu tibe2.

"Heh??" aku pelik. Darah kan mmg warna merah. Nape bgtau plak? Aku kehairanan.

"Maksud saye, darah laen merah gelap. Awk punye merah cerah, mcm merah saga" nurse tu bgtau lepas tengok aku mcm hairan dgn pernyataan dia tadi.

"Owh...pelik yea warna merah cerah?" aku tanye lg.

"Tak la. Tak pelik. Cantik" balas nurse tu sambil cabut jarum kat tangan aku.

Hehehe...pandai plak nurse cun tu amek ati. Lepas cabut jarum, aku lepak2 jap kat atas katil tu. Bile nurse tu beredar ke katil sebelah, aku jenguk ke bwh katil untuk tgk darah aku dlm bag. Hmm...mmg agak cerah seperti yg didakwa oleh nurse cun tersebut. Bermakne dia bukan saje2 nak bodek la kan...ngee~

Lepas rehat seminit dua, aku terus bangun meninggalkan lokasi pendermaan darah itu sambil membimbit bag kertas berisi cenderahati dari pihak hospital. Dlm bag ni ada roti sambal bilis, twiggies, dan jugak satu bag isi baju untuk balik kampung. Hoho...mewah la plak cenderahati yg diorg bagi ni, biasenye dpt roti ngan air kotak je. Hehehehe...

Petang ni nak set up gimik penutup FIESCOPE plak...haih...bz sungguh aku ni...

Thursday, July 23, 2009

Lagi Kisah Mengenai Jacko

Macam2 kisah yg kita dgr kebelakangan ni berkaitan ngan Raja Pop, Michael Jackson setelah pemergian beliau. Artikel kali ni aku petik drpd akhbar tempatan, aku tahu ramai tak bace paper, jd aku post kat sini...hehehe...



LONDON: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ada imej Michael Jackson dirakam pada bonet keretanya, hanya 13 jam selepas penyanyi itu mati bulan lalu.

Biasan gumpalan awan yg menyerupai wajah Michael Jackson...

Bapa kepada dua anak, Gary Sloggett, berkata dia sengaja mengambil gambar kereta jenis Rover 200 itu untuk diiklankan dalam majalah.

Berasal dari Stafford, Sloggett berkata, apabila imej dari kamera itu dimuat naik ke komputernya, dia terkejut melihat seolah-olah wajah Michael merenung ke arahnya.

“Ia amat luar biasa.

“Satu-satunya hujah menjelaskan keadaan ini adalah pembentukan awan yang terbias di atas bonet kereta saya,” katanya.

Selepas menunjukkan gambar itu kepada beberapa rakannya, kata Slogget, semua berpendapat imej itu memang membayangkan wajah Michael. - Agensi

Petikan Harian Metro

Hmm...adakah ini satu kebetulan atau ada hikmah dan rahsia disebalik kejadian itu???
Wallahu'alam...

Friday, July 10, 2009

Michael Jackson in Memory

Sebenarnya, aku sendiri kurang pasti kenapa aku hasilkan entry ini...atas faktor2 yg tidak diketahui, aku seolah2 terdorong untuk menulis sesuatu tentang Raja Pop Dunia yg baru saja pergi meninggalkan kita...menulis tentang seseorang yg aku tak pernah amek kisah pon sepanjang hidup aku, sehinggalah ketiadaannya kini...

Michael Jackson...

Nama ini sangat terkenal sejak sebelum aku lahir lagi...tetapi suasana dan persekitaran ketika itu mengajar aku untuk tidak menyukai penyanyi ini, dan aku hanya menurut tanpa mengetahui apa2...dari zaman kanak2, aku me
mbesar masih lagi dalam suasana yg mendidik aku bahawa beliau ialah seorang yg sgt teruk dan tidak patut diminati...buat pembedahan plastik dah satu hal...ada pulak yg mendakwa, peladang2 di barat menggunakan lagu beliau untuk menghalau khinzir masuk ke kandang, dan bermacam2 lagi...ditambah pula dengan kes2 salahlaku seksual yg dituduh ke atas beliau yang mana spekulasi seperti ini sememangnya menguatkan lagi pendirian secara taqlid bahawa Michael Jackson mmg teruk...
Dan aku amat yakin bahawa ramai generasi seusiaku turut dibajai dengan ideologi yang sama...


Kejayaan beliau mencipta ikon dlm dunia seni...

Namun, tahun 2009 mengubah segalanya...
Pemergian Michael Jackson pd tanggal 25 Jun 2009 memberi impak besar kepada dunia, dan juga kepada ideologi yg ditanam dlm kepala aku sejak sekian lama. Selepas kematian beliau, begitu banyak pendedahan yang dilakukan oleh pihak media mengenai sejarah hidup MJ yang sememangnya mempunyai peminat setia di sel
uruh dunia...berapa ramai yang meratap pemergian beliau, dan perasaan ingin tahu aku mula untuk cuba mengenali siapa MJ sebenarnya...

Di blog2, akhbar2 online, sgt banyak memperkatakan tentang MJ...aku perlahan2 mula mencari2 lagu2 dan klip video beliau di internet untuk cuba mengenali beliau dgn lebih dekat...
Hmm...bukan aku tak pernah dgr langsung lagu dia, cuma aku mmg langsung tak amek kesah...sedap ke, tak sedap ke....ade aku kesah????
Ya...itu dulu...tp sekarang aku kesah...sepanjang karier beliau dlm dunia nyanyian, Michael Jackson telah berjaya mencipta ikonnya sendiri yg menja
di ikutan dan idola dunia...dari rentak lagu, vocal, tarian moonwalk, semuanya terpahat jelas identiti beliau...
Lagu2 yang penuh makna dan memberi kesan...antaranya "
Heal The World" dan "Why You Wanna Trip on Me"...ternyata kehadiran MJ dlm dunia seni mmg memberi satu impak yg begitu besar kepada dunia...
Satu persembahan beliau yang aku tgk kat Youtube...best jugak...tengok la kat sini...

Wajah MJ selepas pembedahan plastik...

Melalui sedikit research dan bacaan yang aku dpt melalui blog2 tempatan dan internet, Michael Jackson dikatakan bukan sengaja nak buat pembedahan plastik untuk tujuan mencantikkan muka, atau meniru muka artis pujaan beliau...tetapi oleh kerana dihantui oleh zaman kanak2 beliau yg begitu menyedihkan, semua memori yang membuatkan beliau hilang keyakinan diri, akhirnya memaksa beliau bertindak begitu...dari sumber yang aku baca, plastic surgery yg beliau buat tu adalah kerana beliau tak sanggup melihat wajah sebenar beliau di cermin akibat memori silam yg buruk...cercaan dan penderaan oleh ayah beliau sendiri semasa beliau masih kecil, cukup2 la tu...
Sila search di internet untuk cerita lanjut tentang in
i...aku tak jumpe cerita detail...

Haih...ape lagi harus aku ceritakan???
Dia dah pergi...biasenye gitu la...bile dah xde, baru kite harg
ai...
Walaupun aku tidaklah terkesan sgt, tp aku rase terkilan sbb aku tak dpt enjoy lagu2 MJ semasa hayat beliau...lagu2 dia byk je yg best...sekarang pon bole je nak donlod, tp feel laen sket...mcm dengar lagu P.Ramlee ngan Sudirman la...hehehe...

Berita bahawa beliau sebenarnya telah memeluk Islam merupakan satu khabar yg agak menggembirakan aku...tak tahu kenapa aku rasa gembira, tetapi aku patut gembira...sebagai seorang muslim, aku patut gembira kerana beliau sempat menemui hidayah Allah sebelum sampai penghujung hayatnya...hidayah Allah mmg untuk mereka2 yg telah dipilih oleh Allah...semoga aku dan kita tergolong dalam kelompok mereka2 yang bertuah itu...

Dengar cite, pengebumian MJ pun ade byk kontroversi...haih, mcm2 cerita...
Bole rujuk MyMetro untuk kisah ni...

p/s : korang pernah tgk clone MJ??? Kalau nak tgk, bole klik sini...


Saturday, June 27, 2009

Pemergian Patin Ke Alam...Universiti


Tajuk yang begitu mengujakan..hehehe...
Pagi tadi kami sekeluarga berduyun2 menaiki kereta Unser untuk menghantar adik aku, Patin yang berjaya menjejakkan kaki ke dunia Universiti...owh..blom jejak lagi...beliaw bakal jejak bile sudah tibe nanti...selepas sarapan, kami bergerak untuk menghantar dia ke Universiti Putra Malaysia yang terletak takde la jauh sgt berbanding UTM dan UTP...hehehehe....

Setibanya di sane, suasana sememangnye begitu meriah dan sesak dgn kenderaan yang berpusu2 memasuki perkarangan UPM...tentunya golongan ibubapa terbabit turut ingin menghantar anak mereka untuk sesi pendaftaran, dan tidak kurang juga yang ingin menuju ke kenduri kawen yang diadakan di lokasi yang same...sunggoh pelik...dah tahu org ramai nak daftar masuk U, dia kawen ari tu jugak watpe...kan dh jem...haish...


Perkara mule2 yg perlu dilakukan semasa sesi pendaftaran tersebut ialah mencarik parking kete...yea...itu sgt penting...kemudian, selepas parking kete, kami beramai2 menuju ke dewan utama UPM...sume pelajar dikehendaki membuat ujian saringan H1N1...mane la tahu kot2 ade simptom ke, bahaya gak tuh...tp hanya pelajar baru je yang perlu pegi ke dewan untuk ujian, ahli femili tak perlu sibuk untuk pegi juge...jd kami pon menunggu kat bwh pokok memandangkan cuaca mmg sgt panas...hiii...

Suasana di perkarangan dewan utama UPM...kami tiada dlm gambar kerana kami berada di belakang kamera...haha...
Lepas setel ujian H1N1, destinasi berikutnye ialah kolej si Patin iaitu Kolej Pendeta Za'aba (KPZ)...nak pegi sane kene naek kete plak...so kami naek kete dan bergerak sejauh lbh kurang 500m selama hampir 20minit menuju ke padang kawad untuk parking kete...jem tak abes2 kat dlm UPM tu...mcm yg aku kate tadi, daftar U pun iye, gi kenduri kawen pon iye...haish....lepas dpt parking kat padang kawad, kitorg kene naek bas UPM untuk ke kolej kediaman...diorg tak bagi bwk kete sendiri...waa...bagos btol...mengurangkan pencemaran udara di samping mengelakkan kesesakan lalulintas di sekitar kolej...so, dgn barang2 sarat di tangan, kami berbondong-bondong menaiki bas yg sejuk lg nyaman itu...seb baek ade air cond...

Sekali lagi, kami berada di belakang kamera...so don't bother to find us...hehe...

Setibanya di KPZ, si Patin pegi daftar kolej sementara kami dgn barang yg sarat pegi tunggu dia kat bwh khemah...kat situ ade disediakan air oren yg kelihatan sungguh sedap dan menyegarkan tp cawan plak xde...aish..mcm xikhlas je bg air...hehehe...dah la penat, pastu tggu Patin lame plak tu...
Dipendekkan citer, lepas dia siap daftar, kami tolong dia letak barang dlm bilik dan lepas tu terus kembali menaiki bas menuju ke tempat letak kete di padang kawad td...destinasi seterusnya, kenduri kawen!!! Tapi bukan kenduri kawen yg menyebabkan jem kat UPM tu...ni kenduri kawen kat tempat laen...

Pengantin pompuannye adelah mak sedare aku...family sebelah ayah...kami dtg makan, borak, jap, pastu kene balik cepat sbb kene anta si Patin balik UPM semula...pelajar baru kene kumpul pukul 4pm untuk mulekan program orientasi diorg...so, lepas makan terus bergegas pulang...



Suasana di sekitar majlis persandingan Mohd Asraf bin Salleh dan Anis Hafiza Bt Razali.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Ye...si Patin harus berada di UPM dgn kadar segera...jadi tanpa membuang masa, kami terus mengorak langkah menuju semula ke perkarangan UPM untuk menghantar beliaw...tetapi kali ini, kami tidak menaiki bas bersama2 dia untuk menghantarnye ke kolej...biar dia berdikari sendiri sementelah bergelar mahasiswi...hehehehe...jadi, bermulalah babak sadis bersalam-salaman sebelum berpisah...kebetulan kat radio berkumandang lagu jiwang plak...keh keh keh...suasana hiba dan lawak...buat org gelak je...

Scene Patin naek bas sorang2 meninggalkan kami...efek blur menambahkan suasana sentimental...



Pemergian Patin ke dunia U meninggalkan kesan yg begitu mendalam kerana...selepas ini xde sape lg yg nak kemas umah, basuh pinggan dan lipat baju secara percuma di rumah ini...hahahaha....actually kami masih memiliki Wa sebagai bibik tambahan kerana dia baru tingkatan 3 dan tak duduk asrama...jadi, pesanan kepada Wa, selamat bertugas...anda bole mule keje esok yea...hehehe...

p/s : selamat berjaya adik2ku...xkire kat mane pon korang blaja, wat yg terbaek untuk diri sendiri dan keluarga semata2 kerana Allah...hehehe...mcm motto UTM plak... "Kerana Tuhan Untuk Manusia"...idop UTM!!!


Sunday, June 21, 2009

Makan Malam Bersama Keluarga

Semalam, 20hb Jun 2009, kami sekeluarga berhasrat untuk makan malam di luar memandangkan semua ahli keluarga ade kat umah...yea...semenjak sume dah besar panjang dan belajar jauh2, agak jarang dapat mencukupkan korum di rumah...so, bile ade peluang berkumpul sume, manfaatkanlah sepenuhnye...kan??

Jadi, lepas maghrib kitorg bertolak dgn menaiki 2 buah kete...satu Unser, satu lg Viva...turut serta dalam rombongan makan malam ini ialah Atuk sedara aku berserta isteri...mereka naek Unser dgn parent aku dan juge sorang adik aku...dan aku bersama golongan remaja serta kanak2 yg laen menaiki Viva yg dipandu oleh aku walaupun aku sakit kaki...hehehehe...

Setibanya di Warta BB Bangi, kitorg masuk la satu restoran ni yg terkenal ngan roti nan...aku xtahu la ape speselnye restoran ni, ikut je la...jd secara tidak langsung, menu utama kami malam itu ialah Roti Nan Ayam Tandoori sebanyak 10 set...pergh...sorg satu beb...nyum nyum...

Yea...inilah wajah ceria kami sebelum makan...


Antara 10 org peserta yg makan roti nan pd malam tersebut, hanya 3 org yg berjaya menamatkan riwayat roti nan tersebut...

2nd runner up - Din
1st runner up - Aku...yayy!!
Winner - Ayah aku..huahuahua...

Roti nan tu mmg sgt besar...dah la besar, tebal plak tu...aku mmg tak expect sume org dpt abeskan, especially adik bongsu aku yg mmg terkenal dgn 'makan xabes'...so, yg lebih tu tapau je la bawak balik...keh keh...

Ini pule kami dgn muke mcm roti nan...pencahayaan yg membantu menghidupkan suasana kenyang...

Dah lama xmakan ramai2 mcm ni...sekali sekala dpt rase mcm ni mmg serunuk...especially kalau bukan kite yg byr..heheheh...makan malam kali ini disponsor penuh oleh ibu aku...yea...terima kasih dan syabas diucapkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...