Sebenarnye tahap kebosanan aku xde kaitan dengan henset...title henset tu hanya sekadar modal untuk aku menulis sesuatu di sini...kate nak wat bende berpekdah...harap2 entry kali ni mmg btol2 berpekdah la yea..hehhee...
Penggunaan henset pada masa kini mmg sgt meluas...kalau dulu, henset disifatkan sebagai satu objek yg melambangkan kemewahan dan ke'kerek'kan seseorang itu mengusung telepon kehulu kehilir...mane taknye, henset dulu besar gedabak, bole buat sendal tayar lori...tp kemajuan teknologi yg pesat membangun memperlihatkan kita akan inovasi dan evolusi teknologi henset yg begitu ketara masa kini...
Sekarang, kalau budak2 beli henset tu perkara biase la...mcm beli tepung je gamaknye...tp itu tidak penting....ape yg penting sekarang, tahukah anda tahap kualiti henset yg dibeli itu??? Bagaimana untuk men'detect' sejauh mana henset yg dibeli itu sungguh berkualiti????
Here's how...
Step 1 :
Taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.
Step 2 :
Semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ...)
Step 3 :
Berdasarkan perincian di bawah, semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td...
- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.
- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.
- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.
- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.
- Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.
So, di mana tahap henset kesayangan anda sekarang???