Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Saturday, April 10, 2010

Countdown to The End of Student Life

By the time this entry is posted, there are only 9 days left...repeated in caps and bold...9 DAYS LEFT till the finale of stressing, long sleep lacking, every morning pak guard seeing, every monday 'smart day'ing student life in UTM.

Rite now I'm in the middle of ID project completing. 9 days is not long, but there's enough fear and psychologically massacre for us...my fellow ID final year candidates and I...

Wish me luck...wish us luck...

p/s : I'm going to miss this chronicles as part of my life...am I?

Wednesday, July 1, 2009

Salah Siapa?

Sebagai warga UTM Skudai yang berwawasan, aku sgt2 terkesan dgn berita yg mengejutkan ni...
Selama 4 tahun, nak masuk 5 tahun aku di UTM (aku extend, jgn byk soal), mmg byk khabar2 angin dan cerita2 yg agak gempar, but nothing so tragic like this one...

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.


Petikan Metro, 1 Julai 2009

Peh...beranak kat hostel...xde org tolong, lepas tu meninggal dunia sorang2 akibat pendarahan...
Seorg wanita yg meninggal dunia kerana melahirkan anak, dikira syahid...tapi mcm mane dgn yg ini??? She's not married yet...
Sama2 kite doakan semoga Allah ampunkan dosa dia, dan tempatkan dia di kalangan org yg diredhaiNya...amiin...

p/s : I wonder, which college is that???

Saturday, June 27, 2009

Pemergian Patin Ke Alam...Universiti


Tajuk yang begitu mengujakan..hehehe...
Pagi tadi kami sekeluarga berduyun2 menaiki kereta Unser untuk menghantar adik aku, Patin yang berjaya menjejakkan kaki ke dunia Universiti...owh..blom jejak lagi...beliaw bakal jejak bile sudah tibe nanti...selepas sarapan, kami bergerak untuk menghantar dia ke Universiti Putra Malaysia yang terletak takde la jauh sgt berbanding UTM dan UTP...hehehehe....

Setibanya di sane, suasana sememangnye begitu meriah dan sesak dgn kenderaan yang berpusu2 memasuki perkarangan UPM...tentunya golongan ibubapa terbabit turut ingin menghantar anak mereka untuk sesi pendaftaran, dan tidak kurang juga yang ingin menuju ke kenduri kawen yang diadakan di lokasi yang same...sunggoh pelik...dah tahu org ramai nak daftar masuk U, dia kawen ari tu jugak watpe...kan dh jem...haish...


Perkara mule2 yg perlu dilakukan semasa sesi pendaftaran tersebut ialah mencarik parking kete...yea...itu sgt penting...kemudian, selepas parking kete, kami beramai2 menuju ke dewan utama UPM...sume pelajar dikehendaki membuat ujian saringan H1N1...mane la tahu kot2 ade simptom ke, bahaya gak tuh...tp hanya pelajar baru je yang perlu pegi ke dewan untuk ujian, ahli femili tak perlu sibuk untuk pegi juge...jd kami pon menunggu kat bwh pokok memandangkan cuaca mmg sgt panas...hiii...

Suasana di perkarangan dewan utama UPM...kami tiada dlm gambar kerana kami berada di belakang kamera...haha...
Lepas setel ujian H1N1, destinasi berikutnye ialah kolej si Patin iaitu Kolej Pendeta Za'aba (KPZ)...nak pegi sane kene naek kete plak...so kami naek kete dan bergerak sejauh lbh kurang 500m selama hampir 20minit menuju ke padang kawad untuk parking kete...jem tak abes2 kat dlm UPM tu...mcm yg aku kate tadi, daftar U pun iye, gi kenduri kawen pon iye...haish....lepas dpt parking kat padang kawad, kitorg kene naek bas UPM untuk ke kolej kediaman...diorg tak bagi bwk kete sendiri...waa...bagos btol...mengurangkan pencemaran udara di samping mengelakkan kesesakan lalulintas di sekitar kolej...so, dgn barang2 sarat di tangan, kami berbondong-bondong menaiki bas yg sejuk lg nyaman itu...seb baek ade air cond...

Sekali lagi, kami berada di belakang kamera...so don't bother to find us...hehe...

Setibanya di KPZ, si Patin pegi daftar kolej sementara kami dgn barang yg sarat pegi tunggu dia kat bwh khemah...kat situ ade disediakan air oren yg kelihatan sungguh sedap dan menyegarkan tp cawan plak xde...aish..mcm xikhlas je bg air...hehehe...dah la penat, pastu tggu Patin lame plak tu...
Dipendekkan citer, lepas dia siap daftar, kami tolong dia letak barang dlm bilik dan lepas tu terus kembali menaiki bas menuju ke tempat letak kete di padang kawad td...destinasi seterusnya, kenduri kawen!!! Tapi bukan kenduri kawen yg menyebabkan jem kat UPM tu...ni kenduri kawen kat tempat laen...

Pengantin pompuannye adelah mak sedare aku...family sebelah ayah...kami dtg makan, borak, jap, pastu kene balik cepat sbb kene anta si Patin balik UPM semula...pelajar baru kene kumpul pukul 4pm untuk mulekan program orientasi diorg...so, lepas makan terus bergegas pulang...



Suasana di sekitar majlis persandingan Mohd Asraf bin Salleh dan Anis Hafiza Bt Razali.
SELAMAT PENGANTIN BARU.

Ye...si Patin harus berada di UPM dgn kadar segera...jadi tanpa membuang masa, kami terus mengorak langkah menuju semula ke perkarangan UPM untuk menghantar beliaw...tetapi kali ini, kami tidak menaiki bas bersama2 dia untuk menghantarnye ke kolej...biar dia berdikari sendiri sementelah bergelar mahasiswi...hehehehe...jadi, bermulalah babak sadis bersalam-salaman sebelum berpisah...kebetulan kat radio berkumandang lagu jiwang plak...keh keh keh...suasana hiba dan lawak...buat org gelak je...

Scene Patin naek bas sorang2 meninggalkan kami...efek blur menambahkan suasana sentimental...



Pemergian Patin ke dunia U meninggalkan kesan yg begitu mendalam kerana...selepas ini xde sape lg yg nak kemas umah, basuh pinggan dan lipat baju secara percuma di rumah ini...hahahaha....actually kami masih memiliki Wa sebagai bibik tambahan kerana dia baru tingkatan 3 dan tak duduk asrama...jadi, pesanan kepada Wa, selamat bertugas...anda bole mule keje esok yea...hehehe...

p/s : selamat berjaya adik2ku...xkire kat mane pon korang blaja, wat yg terbaek untuk diri sendiri dan keluarga semata2 kerana Allah...hehehe...mcm motto UTM plak... "Kerana Tuhan Untuk Manusia"...idop UTM!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...