Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

Monday, December 28, 2009

10 Tabiat Yang Tidak Baik Untuk Otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Pengambilan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Monday, July 20, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Sebentar lagi aku akan ke kelas yg pertama buat semester ini. Tapi sebelum tu, tangan ni tibe2 terase ringan untuk berkongsi satu artikel yg agak panjang tetapi sgt bermanfaat buat kite semua.



Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t ada menyebut yg bermaksud,
"Sekali-kali tidak akan redha org Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka"
(al-Baqarah : 120)
Ayat di atas jelas menunjukkan dendam kaum2 tersebut terhadap umat Islam khususnya dan mereka tidak akan berpuas hati selagi kita tidak mengikut cara hidup dan agama mereka, iaitu agama yg terpesong dan cara hidup yg tidak berlandaskan syariat Allah s.w.t.

Namun, Islam tidak melarang kita untuk belajar dan mengambil ilmu2 yg bermanfaat dari pelbagai sumber selagi ianya tidak menyalahi syariat. Semua ilmu adalah milik Allah s.w.t dan ilmu itu adalah cahaya yg menerangi hidup manusia dan membimbing kita untuk berada terus dia atas jalan yg diredhaiNya.

Satu artikel yg aku pernah copy suatu masa dulu, tak ingat bile tapi mmg dh sgt lama. Artikel ini merupakan kajian si penulis tentang mengapa generasi org2 Yahudi begitu bijak dan pitar. Apa yg mereka lakukan, bagaimana gaya hidup yg diamalkan, semuanya dirungkai di dalam artikel beliau ini.

Artikel ni tak la begitu panjang, cuma hampir 4 muka surat penuh sahaje...dan tidak mampu untuk aku taip semula di sini (aku xbole copy paste dr Word, nnt dia jd error...xtahu la apsal...)...

Jadi, di sini aku share link untuk kwn2 sume download file tersebut. Cara ni lbh mudah dan menjimatkan masa, xgitu???
Sila klik "Mengapa Yahudi Bijak"

Semoga apa yg dikongsikan memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua, insya Allah...

p/s : document ni dlm format Mic Word 2007...hopefully korang xde masalah la yea...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...