Selepas selesai buat banglo untuk haiwan ni, si Untung kelihatan sungguh teruja sambil terkinja2 mcm beruk kene belacan kat atas atap banglo tu. Haih...patut la orang kate
'jakun mcm monyet'...roboh pondok tu kang baru tahu...
Tidak cukup dgn itu, kami bercadang untuk menamakan pondok a.k.a banglo Untung tu dgn nama yang sangat menawan. Tibe2 dapat satu idea yg sgt bernas...yeaaa...
Wadi Unung, satu drama bersiri di Astro Prima. Sungguh menarek sehinggakan ibu pun tengok juge...




Hoh...baru gantung 5 minit, Untung dah cabut signboard tu. Mungkin dia tak suke dgn nama
Wadi Unung. Mungkin dia nak letak nama
Wadi Untung. Ahaha...
Dan untuk pengetahuan semua, banglo mewah milik Untung pun menerima nasib yang same mcm signboard Wadi Unung tu...tak sampai 24 jam, banglo tu dah roboh. Tu la...terlompat2 atas atap xreti duduk diam, mmg la roboh. Lepas ni, sape yang perangai jakun asek terlompat2, kite panggil dia Untung. Huh...
Ok...cukup cerita pasal monyet. Skang citer pasal orang plak.
Raya tahun ni kami beraya kat KL dulu. Lepas semayang raya, kitorang amek gambar satu family, then terus bertolak ke Keramat untuk beraya kat umah nenek. Ramai sedara mara kat situ. Sungguh meriah. Ditambah pula dgn cheseecake Auntie Liza...huii...sedap hingga menjilat sudu. 2nd day of Syawal baru balik Melaka.
Up up and awayyy!!!!
Gambar skema...
Gambar tidak skema...
Nantikan suasana hari raya di Melaka pula. Sekarang, mari breakfast dulu. Esok2 baru pose 6 yea