Banyak cara sebenarnya untuk 'membaca' seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia, atau sebenarnya dia tak boleh dipercayai, tak jujur, tak ikhlas atau sebagainya.
Berkawan dan mengenali seseorang dengan lebih rapat untuk mengetahui peribadi mereka mungkin adalah cara terbaik, tapi ada ketikanya cara begini lebih memakan masa, tenaga, dan yg lebih malang, harta benda dan jiwa raga turut tergadai bila akhirnya insan yg dikenali ini hanya indah khabar dari rupa...nak2 pulak bila bercinta...hehehehe...
Justeru, ramai yg mencuba2 mengorek rahsia insan yang baru dikenali menerusi tulisan dan juga tanda tangan. Mmg bukan mudah, tp tak salah mencuba, kan? Tapi, benarkah tulisan dan tanda tangan mampu mengungkai rahsia? Benarkah ia dpt menceritakan sifat peribadi empunya badan???
Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar analisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.
Sebagai contoh, tanda tangan yg terputus2 membawa maksud perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar, bermaksud pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan. Tanda tangan kecil pula menunjukkan seseorang itu banyak berahsia. Berurusan dgn org sebegini sentiasa sukar diselesaikan.
Merujuk kpd buku tulisan pakar grafologi, Dr. Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan (location), ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan, dan unsur tambahannya. Jelas beliau dalam buku tersebut, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri2 keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yg hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.
Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yg disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa/atasan. Jika agak ke atas sedikit drpd garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dokumen yg ditandatangani itu. Dan jika ke bawah sedikit dari garisan, ia menunjukkan kemurungan.
Tanda tangan yg menaik menampilkan rasa percaya pada diri yg tinggi dan sebaliknya jika menurun. Tanda tangan yg cenderung ke kiri dr tempat yg disediakan menunjukkan rasa takut (pd org lain atau kegagalan) manakala cenderung ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.
Tanda tangan yg lebih kecil drpd teks tulisan pula mengungkap keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan yg besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Jika hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala tanda tangan yg kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.
Tanda tangan yg kita cipta semasa kecil biasanya tidak kekal. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yg tercipta di kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi bila tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan dll. Mungkin ini juga menunjukkan kita sudah mencapai tahap kematangan, tahu apa yang nampak menarik dan mungkin juga unik, sesuai dengan usia dan kehidupan.
Bagaimana pun, Prof. Dr. John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia mempunyai pendapat tersendiri,
"Memang dlm tanda tangan ada unsur yg menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yg berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap. Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian drpdnya".Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.
Kata Dr. John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil drpd gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dpt menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang.
Ikuti Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 2....penat sey nak menaip....
No comments:
Post a Comment