Saturday, July 11, 2009

Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 2

Sambungan dari Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 1


Dalam bahagian yg kedua ni, mari kita singkap makna yg tersirat di sebalik tanda tangan...

1. Satu garisan di bwh tanda tangan
  • seorg yg sgt yakin
  • ada personaliti yg hebat
  • agak mementingkan diri sendiri
  • percaya bahawa kebahagiaan dlm hidup sgt perlu
2. Dua titik di bwh tanda tangan
  • romantik
  • mudah tukar pasangan mcm tukar baju
  • memilih kecantikan (bg lelaki)
  • sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bg wanita)
  • mudah menarik perhatian org untuk berdamping
3. Satu titik di bwh tanda tangan
  • kelihatan mudah dan tenang
  • cepat hilang kepercayaan kepada org apabila dikhianati
4. Tiada garisan/titik di bwh tanda tangan
  • seronok dgn kehidupan
  • ikut gaya dan cara sendiri
  • kurang beri perhatian pd pandangan org lain
5. Tanda tangan yg tiada kaitan dgn nama
  • sentiasa berusaha supaya smart
  • suka berselindung
  • jarang ambil pandangan org lain sbg panduan hidup
  • yakin dgn kebolehan diri sendiri
6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
  • cerdik tapi kurang hendak berfikir
  • cepat tukar pandangan atau idea
7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
  • seorang yg sgt prihatin
  • tidak pentingkan diri sendiri
  • sanggup berkorban apa saja demi org lain
  • seorang pemikir
  • seorang yg mudah serik
8. Tanda tangan mengikut ejaan nama dengan huruf jelas
  • seorang yg sgt baik
  • boleh sesuaikan diri dlm apa jua keadaan atau dengan siapa saja
  • tegas dgn pendapat sendiri
  • ada semangat yg tinggi
Next, mari kita kenali tokoh2 berikut berdasarkan tanda tangan dan tulisan mereka...




Osama Laden

Seorang yg tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan pekat atau tebal pd tanda tangannya menunjukkan dia seorang yg mempunyai tenaga yg tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pd tanda tangannya menunjukkan personaliti keras. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan org padanya, dia tidak akan mati sebaliknya 'menggigit' balik dgn ganas.

Review aku : xde mcm ketam pon...mcm senapang AK 47 ade la...siyes...


George Bush
Tanda tangannya yg bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah2 bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yg menyimpan perasaan marah, geram, dendam, dan kekecewaan yg amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.

Review aku : mamat ni tanda tangan mcm mane pon ttp jahat jugak...huh...




Adolf Hitler

Tulisan tangannya yg bersudut menunjukkan dia seorang yg mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yg meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan dia seorangyg tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.

Review aku : yea...membunuh diri dan juge org2 yahudi di zaman itu...



Bill Gates

Tanda tangan yg bersudut menunjukkan dia seorang yg mempunyai pemikiran yg tajam. Garis melintang pd huruf 't' yg memanjang ke kanan dan titik 'i' yg jelas menunjukkan dia seorang yg baran dan lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yg baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dgn cara yg lebih teratur.

Review aku : mcm conteng2 je, xnampak huruf 't' langsung...



Michael Ja
ckson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dgn satu lingkungan. Umum maklum bagaimana dia membuat pembedahan plastik, mengurung diri dlm tangki oksigen, dan semua ini jelas tertera pd tanda tangannya membuktikan dia melalui masalah besar dlm hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yg mencondong ke bawah.

Review aku : btol la tu kot...bole rujuk entry aku sebelum ni tentang MJ...



Albert Einstein

Mereka yg mempunyai tulisan dan tanda tangan yg kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yg rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yg amat tinggi. Garis melintang huruf 't' pd bahagian hujung atas menunjukkan dia seorang yg mempunyai sikap yg bagus dan bercita-cita dlm hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan yg amat tinggi.

Review aku : mmg kemas dan konsisten, tp kecik bebenor...sah2 genius...

Selesai sudey bahagian ke-2...actually, ade lagi neh...tp aku penat nak taip...kalau aku rajen, akan ade la Kenali Dia Menerusi Tanda Tangan - Part 3, kalau tak rajen, xde la...heheheheh....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...