Wednesday, July 1, 2009

Salah Siapa?

Sebagai warga UTM Skudai yang berwawasan, aku sgt2 terkesan dgn berita yg mengejutkan ni...
Selama 4 tahun, nak masuk 5 tahun aku di UTM (aku extend, jgn byk soal), mmg byk khabar2 angin dan cerita2 yg agak gempar, but nothing so tragic like this one...

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.


Petikan Metro, 1 Julai 2009

Peh...beranak kat hostel...xde org tolong, lepas tu meninggal dunia sorang2 akibat pendarahan...
Seorg wanita yg meninggal dunia kerana melahirkan anak, dikira syahid...tapi mcm mane dgn yg ini??? She's not married yet...
Sama2 kite doakan semoga Allah ampunkan dosa dia, dan tempatkan dia di kalangan org yg diredhaiNya...amiin...

p/s : I wonder, which college is that???

12 comments:

Aishii said...

Innalillah.
smlm Azrin cakap K9.

nuruddin | Ray said...

K9??
Tapi mcm mane ngan kenyataan Metro tu..

"Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama ."

Mana mungkin K9...K9 pompuan saje...
Kalau KP munasabah la jugak...hehhee..

ainShahajar said...

aduh.. kesiannya..

cane tu.. hmm.. kalo ade kwn2 yg tiba2 MIA mcm tu... try2 la contact..

mane pegi jantan tu,.. cesh.. kene kejar ngan antu baru tau.. huh!!

Aishii said...

Do you call Kampus 9 or Kolej 9?
Hahaha I'm not sure either.

Maybe dia refer to kampus Skudai, since UTM ade more than 1 kampus.

I'm still not sure.

But I got 2 ppl who are currently in UTMJB said K9. That's how I got to know.

Aishii said...

p.s. i guess the way she died ade hikmah di sebaliknya, cume kite yang masih hidup amik la pengajaran.

nuruddin | Ray said...

Ain...
Tu la dia pemuda pemudi zaman sekarang...
kite kene amek pengajaran dr ape yg jd pd mereka...

Aishii...
ohoo..i thought they meant kampus tu sbg kolej...maknenye, kampus = UTM yg dimaksudkan oleh mereka...and this makes me suddenly agree with you...hehe.. :p

Cahaya hidupku said...

innalillah...moga Allah ampunkan dosa2 nya dan juga dosa2 kita...

nauzubillah...moga kita dijauhkan dari malapetaka dan dipelihara NYA..

sgt kasihan...peringatan buat yg masih hidup..

nawez said...

isk siannye..
hmm.. ade hantu tak nanti.. hoho

acik | uyul said...

ops! innalillahiwainnaillahirajiun~
sangat trajik..marilah mengambil pengajaran.

p/s: kaum wanita utm, jangan duduk k9 hihi

cikwana said...

"Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama ."

saya rasa maksud kampus yang sama yang dimaksudkan itu adalah kampus UTM la...huhuhuh

nuruddin | Ray said...

baek, cikgu wana...terima kasih atas tunjuk ajar yg diberikan...hehehe... =)

so, mane nak carik balak pompuan tu???
agak2 kolej mane ek??? :p

Aishii said...

kwn2 kite tatau ye bagaimana dia bleh mengandung.. mungkin dia buat secara rela..mungkin dia dirogol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...