Friday, July 10, 2009

Michael Jackson in Memory

Sebenarnya, aku sendiri kurang pasti kenapa aku hasilkan entry ini...atas faktor2 yg tidak diketahui, aku seolah2 terdorong untuk menulis sesuatu tentang Raja Pop Dunia yg baru saja pergi meninggalkan kita...menulis tentang seseorang yg aku tak pernah amek kisah pon sepanjang hidup aku, sehinggalah ketiadaannya kini...

Michael Jackson...

Nama ini sangat terkenal sejak sebelum aku lahir lagi...tetapi suasana dan persekitaran ketika itu mengajar aku untuk tidak menyukai penyanyi ini, dan aku hanya menurut tanpa mengetahui apa2...dari zaman kanak2, aku me
mbesar masih lagi dalam suasana yg mendidik aku bahawa beliau ialah seorang yg sgt teruk dan tidak patut diminati...buat pembedahan plastik dah satu hal...ada pulak yg mendakwa, peladang2 di barat menggunakan lagu beliau untuk menghalau khinzir masuk ke kandang, dan bermacam2 lagi...ditambah pula dengan kes2 salahlaku seksual yg dituduh ke atas beliau yang mana spekulasi seperti ini sememangnya menguatkan lagi pendirian secara taqlid bahawa Michael Jackson mmg teruk...
Dan aku amat yakin bahawa ramai generasi seusiaku turut dibajai dengan ideologi yang sama...


Kejayaan beliau mencipta ikon dlm dunia seni...

Namun, tahun 2009 mengubah segalanya...
Pemergian Michael Jackson pd tanggal 25 Jun 2009 memberi impak besar kepada dunia, dan juga kepada ideologi yg ditanam dlm kepala aku sejak sekian lama. Selepas kematian beliau, begitu banyak pendedahan yang dilakukan oleh pihak media mengenai sejarah hidup MJ yang sememangnya mempunyai peminat setia di sel
uruh dunia...berapa ramai yang meratap pemergian beliau, dan perasaan ingin tahu aku mula untuk cuba mengenali siapa MJ sebenarnya...

Di blog2, akhbar2 online, sgt banyak memperkatakan tentang MJ...aku perlahan2 mula mencari2 lagu2 dan klip video beliau di internet untuk cuba mengenali beliau dgn lebih dekat...
Hmm...bukan aku tak pernah dgr langsung lagu dia, cuma aku mmg langsung tak amek kesah...sedap ke, tak sedap ke....ade aku kesah????
Ya...itu dulu...tp sekarang aku kesah...sepanjang karier beliau dlm dunia nyanyian, Michael Jackson telah berjaya mencipta ikonnya sendiri yg menja
di ikutan dan idola dunia...dari rentak lagu, vocal, tarian moonwalk, semuanya terpahat jelas identiti beliau...
Lagu2 yang penuh makna dan memberi kesan...antaranya "
Heal The World" dan "Why You Wanna Trip on Me"...ternyata kehadiran MJ dlm dunia seni mmg memberi satu impak yg begitu besar kepada dunia...
Satu persembahan beliau yang aku tgk kat Youtube...best jugak...tengok la kat sini...

Wajah MJ selepas pembedahan plastik...

Melalui sedikit research dan bacaan yang aku dpt melalui blog2 tempatan dan internet, Michael Jackson dikatakan bukan sengaja nak buat pembedahan plastik untuk tujuan mencantikkan muka, atau meniru muka artis pujaan beliau...tetapi oleh kerana dihantui oleh zaman kanak2 beliau yg begitu menyedihkan, semua memori yang membuatkan beliau hilang keyakinan diri, akhirnya memaksa beliau bertindak begitu...dari sumber yang aku baca, plastic surgery yg beliau buat tu adalah kerana beliau tak sanggup melihat wajah sebenar beliau di cermin akibat memori silam yg buruk...cercaan dan penderaan oleh ayah beliau sendiri semasa beliau masih kecil, cukup2 la tu...
Sila search di internet untuk cerita lanjut tentang in
i...aku tak jumpe cerita detail...

Haih...ape lagi harus aku ceritakan???
Dia dah pergi...biasenye gitu la...bile dah xde, baru kite harg
ai...
Walaupun aku tidaklah terkesan sgt, tp aku rase terkilan sbb aku tak dpt enjoy lagu2 MJ semasa hayat beliau...lagu2 dia byk je yg best...sekarang pon bole je nak donlod, tp feel laen sket...mcm dengar lagu P.Ramlee ngan Sudirman la...hehehe...

Berita bahawa beliau sebenarnya telah memeluk Islam merupakan satu khabar yg agak menggembirakan aku...tak tahu kenapa aku rasa gembira, tetapi aku patut gembira...sebagai seorang muslim, aku patut gembira kerana beliau sempat menemui hidayah Allah sebelum sampai penghujung hayatnya...hidayah Allah mmg untuk mereka2 yg telah dipilih oleh Allah...semoga aku dan kita tergolong dalam kelompok mereka2 yang bertuah itu...

Dengar cite, pengebumian MJ pun ade byk kontroversi...haih, mcm2 cerita...
Bole rujuk MyMetro untuk kisah ni...

p/s : korang pernah tgk clone MJ??? Kalau nak tgk, bole klik sini...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...