Thursday, July 23, 2009

Lagi Kisah Mengenai Jacko

Macam2 kisah yg kita dgr kebelakangan ni berkaitan ngan Raja Pop, Michael Jackson setelah pemergian beliau. Artikel kali ni aku petik drpd akhbar tempatan, aku tahu ramai tak bace paper, jd aku post kat sini...hehehe...



LONDON: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ada imej Michael Jackson dirakam pada bonet keretanya, hanya 13 jam selepas penyanyi itu mati bulan lalu.

Biasan gumpalan awan yg menyerupai wajah Michael Jackson...

Bapa kepada dua anak, Gary Sloggett, berkata dia sengaja mengambil gambar kereta jenis Rover 200 itu untuk diiklankan dalam majalah.

Berasal dari Stafford, Sloggett berkata, apabila imej dari kamera itu dimuat naik ke komputernya, dia terkejut melihat seolah-olah wajah Michael merenung ke arahnya.

“Ia amat luar biasa.

“Satu-satunya hujah menjelaskan keadaan ini adalah pembentukan awan yang terbias di atas bonet kereta saya,” katanya.

Selepas menunjukkan gambar itu kepada beberapa rakannya, kata Slogget, semua berpendapat imej itu memang membayangkan wajah Michael. - Agensi

Petikan Harian Metro

Hmm...adakah ini satu kebetulan atau ada hikmah dan rahsia disebalik kejadian itu???
Wallahu'alam...

4 comments:

cikwana said...

hahha..mcm comey je gumpalan awan itu..

sedang mencari2 awan manakah yang menyerupai cikwana..hahahaa

nuruddin | Ray said...

awan?
cikwana?

cube susun balik perkataan W.A.N.A tu supaya membentuk perkataan A.W.A.N ....
hehhe...

fatin nazihah ashari said...

cehh
konon2 bijak ar tu arrange wana jadi awan..

haha

nuruddin | Ray said...

eh?
tak bijak ker???
rasenye dh bijak dh tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...